ad
AGENDA

Gangguan kuasa: Komuter, ETS laluan Tanjung Malim-KL Sentral lewat lebih 60 minit

20 Jun 2025, 10:25 PM
Gangguan kuasa: Komuter, ETS laluan Tanjung Malim-KL Sentral lewat lebih 60 minit

KUALA LUMPUR, 20 JUN: Perkhidmatan tren komuter laluan Tanjung Malim-KL Sentral- Tanjung Malim dan tren elektrik (ETS) hari ini mengalami ganguan bekalan kuasa.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan susulan situasi berkenaan, perkhidmatan komuter di laluan berkenaan dan ETS dijangka akan mengalami kelewatan melebihi 60 minit daripada jadual asal disebabkan pengunaan satu landasan.

“KTMB memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi. Perkembangan terkini operasi perkhidmatan tren akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut hantaran itu.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.