ad
AGENDA

Teknologi AI masih tidak mampu ganti tugas wartawan

15 Jun 2025, 8:20 PM
Teknologi AI masih tidak mampu ganti tugas wartawan

KUALA LUMPUR, 15 JUN: Teknologi kecerdasan buatan (AI) yang dilihat berupaya menggantikan tugas manusia, masih tidak boleh mampu mengambil alih pekerjaan individu secara keseluruhannya terutama dalam bidang kewartawanan.

Pengarang Kanan Media Selangor Mohamad Khairul Nizam Bakeri berkata AI dicipta menggantikan perkembangan teknologi sedia ada bukannya kecerdasan manusia.

“Sebelum ini, wartawan mendapat kenyataan media perlu faham dan tulis kemudian dihantar kepada pengarang. Kini, muat naik di AI boleh siap proses 15 saat sahaja, saya faham kebimbangan ini.

“Namun, kita kena faham AI dicipta untuk teknologi menggantikan sekarang seperti Google dan Google Search. Mereka hilang kerja yang tidak mampu adaptasi penggunaan AI kerana ia mengubah cara berfikir dan memudahkan kerja kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Bicara Semasa bertajuk Amanah, Algoritma & AI: Bilik Berita Era Baharu terbitan Media Selangor sempena Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2025 di pusat membeli-belah Sunway Putra.

Seorang lagi panel, Ketua Media Sosial Astro Awani Hilal Azmi berpandangan kewujudan AI membawa cabaran kepada graduan muda memandangkan jumlah peluang pekerjaan dalam industri media pada masa kini semakin kecil.

“Operasi bilik berita juga kelihatan mengecil, jadi pemikiran kena lebih inovasi dengan tidak boleh lagi ‘cari kerja untuk jadi wartawan’. Di peringkat awal, manfaat ruang yang ada, gunakan inovasi melalui pembelajaran di mana-mana agensi media.

“Kemudian, lima tahun akan datang tanam pemikiran membuka bilik berita sendiri hanya menggaji lima pengarang untuk memantau wartawan digital berlandas AI, sebagai contoh,” ujarnya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.