ad
BERITA UTAMA

Kerajaan Negeri salur RM10 juta kepada Selangor FC bagi hadapi musim baharu

11 Jun 2025, 8:00 AM
Kerajaan Negeri salur RM10 juta kepada Selangor FC bagi hadapi musim baharu
Kerajaan Negeri salur RM10 juta kepada Selangor FC bagi hadapi musim baharu
Kerajaan Negeri salur RM10 juta kepada Selangor FC bagi hadapi musim baharu

SHAH ALAM, 11 JUN: Selangor FC terus menerima peruntukan sebanyak RM10 juta daripada Kerajaan Negeri bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2025/2026.

Dato’ Menteri Besar berkata Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) turut menyalurkan dana bagi memperkukuh skuad Red Giants.

[caption id="attachment_705116" align="aligncenter" width="749"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor 2024 di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 10 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Bajetnya memang sudah kekal begitu, dengan kedua-dua anak syarikat seperti MBI dan PKNS menyumbang selaku pemegang syer kepada Red Giants FC.

“Di pihak Kerajaan Selangor, dana sebanyak RM10 juta akan diteruskan seperti tahun sebelum ini,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari kepada media.

Beliau ditemui selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor 2024 di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz di sini, semalam.

[caption id="attachment_705069" align="aligncenter" width="812"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin bergambar bersama penerima Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Soh Wai Ching (Larian Menara) dan Nor Farah Ain Abdullah (Boling Padang) ketika majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor 2024 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 10 Jun 2025. Hadir sama EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi (kiri) dan Pengarah Eksekutif MSNS Mohamad Nizam Marjugi (kanan). Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Amirudin turut menyatakan harapan agar kualiti pemain import dipertingkat bagi membolehkan pasukan meraih sekurang-kurangnya satu kejuaraan musim depan.

“Saya harap ada peningkatan dari segi pemilihan pemain, terutama import, supaya kita dapat capai sasaran satu piala untuk musim ini,” katanya lagi.

Musim lalu, Selangor FC muncul naib juara Liga Super sekali gus melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara Asia.

 

 

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.