ad
AGENDA

Nahas Gerik: Mereka cuma mahu pulang ke kampus…tapi tak sempat sampai

9 Jun 2025, 10:04 PM
Nahas Gerik: Mereka cuma mahu pulang ke kampus…tapi tak sempat sampai
Nahas Gerik: Mereka cuma mahu pulang ke kampus…tapi tak sempat sampai
Nahas Gerik: Mereka cuma mahu pulang ke kampus…tapi tak sempat sampai
Nahas Gerik: Mereka cuma mahu pulang ke kampus…tapi tak sempat sampai
Nahas Gerik: Mereka cuma mahu pulang ke kampus…tapi tak sempat sampai
Nahas Gerik: Mereka cuma mahu pulang ke kampus…tapi tak sempat sampai
Nahas Gerik: Mereka cuma mahu pulang ke kampus…tapi tak sempat sampai

SHAH ALAM, 9 JUN: Perjalanan pulang sekumpulan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke kampus selepas cuti Aidiladha berakhir dengan tragedi apabila 15 daripada mereka terkorban dalam nahas bas di Jalan Raya Timur–Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi hari ini.

Khabar itu itu menggemparkan negara, mencetuskan kesedihan mendalam dan menarik perhatian pemimpin serta masyarakat umum.

Berikut rangkuman nahas bas di di Jalan Raya Timur–Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik, itu hari ini:

1. Laporan kejadian diterima jam 1.10 pagi

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Hulu Perak tiba di lokasi, mendapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah basdengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza.

Pemeriksaan awal pihaknya mendapati keseluruhan 48 mangsa yang terlibat, termasuk 13 orang meninggal dunia di lokasi kejadian. Difahamkan bas yang membawa pelajar UPSI itu dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke Tajung Malim, Perak.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon juga mengesahkan kejadian.

https://selangorkini.my/2025/04/kebakaran-paip-gas-rumah-musnah-dibina-semula-pesalah-tidak-akan-dilindungi/

[caption id="attachment_704836" align="aligncenter" width="677"] Anggota bomba membawa keluar mangsa daripada sebuah bas yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik, pada 9 Jun 2025. Foto ihsan JBPM Perak[/caption]

2. PM arah bantuan segera

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menyelaras bantuan sewajarnya buat keluarga mangsa kemalangan.

Menuru beliau, musibah menyayat hati sebegini yang sering kali berulang, seharusnya menjadi pengajaran buat semua agar sentiasa berhati-hati dan usah terburu-buru mengejar destinasi.

https://selangorkini.my/2025/06/nahas-gerik-pm-arah-bantuan-segera-buat-keluarga-pelajar-upsi/

3. Jenazah dibawa ke hospital untuk bedah siasat

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memberitahu 13 jenazah mangsa yang terlibat dalam kemalangan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, untuk bedah siasat.

Manakala, dua lagi jenazah akan dibedah siasat di Hospital Gerik, manakala mangsa yang tercedera dalam kemalangan berkenaan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Gerik.

https://selangorkini.my/2025/06/nahas-bas-jenazah-ke-hospital-raja-permaisuri-bainun-untuk-bedah-siasat/

[caption id="attachment_704888" align="aligncenter" width="682"] Waris kepada mangsa yang terlibat dalam kemalangan di KM53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi tadi berada di Unit Forensik dan Unit Kecemasan Hospital Gerik pada 9 Jun 2025. Foto BERNAMA[/caption]

4. MB ucap takziah

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan sebuah bas yang membawa pelajar terlibat kemalangan tersebut.

Menerusi Facebook Amirudin berkata Kerajaan Negeri memantau keadaan semasa jika nahas yang mengorbankan 15 pelajar melibatkan mahasiswa dari Selangor.

https://selangorkini.my/2025/06/nahas-bas-mb-ucap-takziah-pantau-jika-libat-siswa-selangor/

5. JKR sedia bantu siasatan nahas

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pihaknya sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan keadilan dan keselamatan awam terjamin.

Selain itu, beliau memaklumkan, Jabatan Kerja Raya bersama pihak konsesi penyelenggaraan akan memberi bantuan nasihat dan kepakaran teknikal membabitkan kemalangan itu.

https://selangorkini.my/2025/06/nanta-jkr-sedia-bantu-siasatan-nahas-bas-ragut-15-nyawa-pelajar-upsi/

6. Bas langgar belakang Alza

Siasatan awal polis mendapati, kemalangan yang mengorbankan 15 penuntut UPSI itu berpunca apabila bas yang dinaiki mereka terlanggar bahagian belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza, sebelum terbalik.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata bas berkenaan membawa 42 pelajar berusia antara 21 hingga 23 tahun, kesemuanya dari Pantai Timur.

Turut cedera ialah pemandu dan penumpang kenderaan Alza berkenaan iaitu sepasang suami isteri berusia berusia 37 dan 36 tahun serta dua anak mereka, seorang perempuan dan seorang lelaki yang berusia enam dan tiga tahun.

https://selangorkini.my/2025/06/polis-siasatan-awal-dapati-bas-bawa-pelajar-upsi-langgar-belakang-alza/

[caption id="attachment_704847" align="aligncenter" width="680"] Keadaan sebuah kereta yang terbabas selepas bertembung dengan bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik pada 9 Jun 2026. Foto ihsan JBPM Perak[/caption]

7. UPSI bantu keluarga nahas

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyediakan bantuan seorang kakitangan bagi setiap keluarga pelajarnya.

Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata penyediaan seorang staf satu keluarga itu bagi memastikan waris serta mangsa mendapat bantuan sewajarnya, sehingga semua urusan selesai.

https://selangorkini.my/2025/06/tragedi-bas-upsi-satu-staf-satu-keluarga-bantu-pelajar-terlibat/

8. Kaji semula prosedur pelajar sewa bas

Kerajaan akan menyemak semula prosedur keselamatan dan cara pelajar menyewa bas selepas nahas yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tadi.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata siasatan menyeluruh diserahkan kepada pihak berkaitan bagi memastikan peraturan dipatuhi dan kejadian sama tidak berulang.

https://selangorkini.my/2025/06/zambry-kerajaan-kaji-semula-prosedur-pelajar-sewa-bas/

9. Polis tubuh pasukan khas percepat siasatan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat kemalangan membabitkan bas sewa khas dinaiki pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang meragut 15 nyawa di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB).

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata PDRM dengan kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Pengangkutan Awam Darat dan pihak berkaitan akan menyiasat nahas itu secara menyeluruh.

https://selangorkini.my/2025/06/nahas-pelajar-upsi-polis-tubuh-pasukan-khas-percepat-siasatan-dakwa-pemandu/

[caption id="attachment_704950" align="aligncenter" width="687"] Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ditemui media di Hospital Gerik hari ini berkaitan nahas kemalangan jalan raya di KM53 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli. Foto BERNAMA[/caption]

10. Bedah siasat jangka selesai tengah malam

Proses bedah siasat 13 jenazah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam kemalangan ngeri di KM53 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) dekat Gerik awal pagi tadi dijangka siap pada 12 tengah malam ini.

Pengarah Kesihatan Perak Dr Feisul Idzwan Mustapha berkata setakat 3.30 petang, enam jenazah telah selesai dibedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

https://selangorkini.my/2025/06/nahas-bas-bedah-siasat-mangsa-dijangka-selesai-tengah-malam-ini/

11. Mangsa terselamat cerita detik nahas

Mangsa terselamat, Aleeya Maisarah Azizzani, 21, berkata ketika kejadian dia sedang tidur dan terjaga selepas terasa hentakan kuat disusuli dengan jeritan meminta tolong serta suara mengerang kesakitan daripada rakan-rakan yang menaiki bas itu.

Dalam cahaya berbalam-balam dan suasana kalut, dia cuba bangun untuk membantu rakan yang cedera, namun terpaksa membatalkan niat itu selepas berasa kesakitan pada bahagian belakang.

https://selangorkini.my/2025/06/saya-lihat-rakan-tersepit-jerit-minta-tolong-tapi-tidak-terdaya-bantu-mangsa/

12. Impian jadi cikgu

“Arwah memang nak jadi cikgu sejak kecil. Masa dapat tawaran ke UPSI, dia sangat gembira sampai melompat-lompat dan menuntut janji ayah untuk ‘tumbangkan’ seekor kambing,” kata Nur Ainul Afiqah, 22, yang merupakan kakak kepada Allahyarham Nur Ainul Qistina, 21.

Ayah Nur Ainul Qistina sangat gembira apabila Allahyarham mendapat tawaran ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), sehingga dia tumbangkan (sembelih) seekor kambing pada hujung tahun 2023.

https://selangorkini.my/2025/06/impian-adik-sejak-kecil-mahu-jadi-cikgu-ayah-tunai-janji-sembelih-kambing-kakak-mangsa/

[caption id="attachment_704929" align="aligncenter" width="662"] Kakak mangsa, Nur Ainul Afiqah, 22, (kiri) bersama adiknya, Nur Ainul Afni Aqilah Mat Ali, 13, menunjukkan gambar Allahyarhamah Nur Ainul Qistina, 21, ketika menaiki bas selepas terlibat dalam kemalangan bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi semasa ditemui di Kampung Anak Ikan, Jertih pada 9 Jun 20225. Foto BERNAMA[/caption]

13. Rakaman detik awal nahas diterima

Polis Perak telah menerima satu rakaman video daripada kamera papan pemuka yang dipercayai merakam detik-detik awal nahas tragis membabitkan sebuah bas yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di Gerik.

Ketuanya, Datuk Noor Hisam Nordin berkata rakaman itu telah diserahkan kepada pegawai penyiasat dan akan menjadi bahan penting dalam siasatan insiden tersebut. Rakaman keterangan daripada pemilik rakaman itu dalam masa terdekat.

https://selangorkini.my/2025/06/polis-terima-satu-rakaman-detik-awal-nahas-bas-penuntut-upsi/

14. Pemimpin, rakyat zahir simpati, doa tabah tempuh waktu sukar

Barisan anggota Kabinet dan rakyat pelbagai lapisan membanjiri media sosial untuk menzahirkan simpati kepada keluarga mangsa selain menitipkan doa agar mereka tabah menempuh waktu yang sukar ini.

https://selangorkini.my/2025/06/pemimpin-rakyat-pelbagai-lapisan-zahir-simpati-doa-tabah-tempuh-waktu-sukar/

[caption id="attachment_704938" align="aligncenter" width="686"] Mangsa kemalangan bas Muhammad Adib Hazim Halim, 21, dan Wan Nur Suhaila Wan Muhammad, 22, selesai menjalani proses bedah siasat di Hospital Gerik dan akan dibawa pulang ke kampung halaman pada 9 Jun 2025. Foto BERNAMA[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.