Kuasa prerogatif merujuk kuasa khas yang dimiliki Yang di-Pertuan Agong untuk digunakan dengan penuh bijaksana dan dihormati semua pihak demi memastikan keharmonian dan keadilan dalam sistem masyarakat atau negara.
Ia antara elemen penting dalam mengekal keseimbangan dan kestabilan sistem pemerintahan Malaysia. Wartawan NAZLI IBRAHIM menyenaraikan bidang kuasa prerogatif yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
PENGAMPUNAN
■ berdasarkan peruntukan Perkara 42(1) dan (2)
■ beri ampun, tunda hukuman dan lega hukum atas apa-apa kesalahan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
Kes
■ 1 Ogos 1981: Yang di-Pertuan Agong Sultan Haji Ahmad Shah beri pengampunan kepada bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Harun Idris selepas empat tahun menjalani hukuman penjara
■ 10 Julai 1991: Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah berkenan memberi pengampunan kepada bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim selepas lapan tahun menjalani hukuman penjara
■ 16 Mei 2018: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V beri pengampunan penuh tanpa syarat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim
■ 31 Ogos 2020: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan pembebasan awal kepada 13 banduan bekas pengikut Al-Maunah selepas menjalani hukuman selama 20 tahun di berapa penjara di Malaysia bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63
■ 31 Ogos 2024: Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi pengampunan kepada lelaki berusia 52 tahun yang dihukum penjara 10 tahun untuk dibebaskan dua bulan lebih awal
PROKLAMASI DARURAT
■ kuasa isytihar darurat melalui peruntukan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan
■ Perkara 150 (1) menyebut proklamasi boleh dibuat semasa darurat
■ boleh diisytihar melalui Perkara 150 (2) jika Baginda menjangka berlaku darurat
Kes
■ 15 Mei 1969: Proklamasi dibuat Yang di-Pertuan Agong Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin ekoran rusuhan kaum pada 13 Mei
■ 8 November 1977: Yang di-Pertuan Agong Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim isytihar darurat di Kelantan susulan krisis politik
■ 1997, 2005 dan 2013: Darurat jerebu diisytihar meliputi beberapa kawasan di Sarawak, Selangor dan Johor berikutan paras pencemaran udara mencapai tahap sangat teruk
■ 12 Januari 2021: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah isytihar darurat pandemik Covid-19 di seluruh negara ekoran rebakan virus yang memburuk
MELANTIK
■ lantik perdana menteri melalui Perkara 40 (2). Penting apabila berlaku ketidakstabilan politik bagi membentuk kerajaan yang stabil
■ lantik menteri-menteri atas nasihat perdana menteri
■ lantik ketua hakim negara mahkamah persekutuan, presiden mahkamah rayuan atas nasihat perdana menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja
■ lantik hakim-hakim besar mahkamah tinggi (tertakluk kepada Perkara 122C) hakim-hakim lain mahkamah persekutuan, mahkamah rayuan dan mahkamah tinggi
■ lantik panglima angkatan tentera. Baginda adalah pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia
BUBAR PARLIMEN
■ boleh prorog atau bubar melalui Perkara 55 (2)
■ boleh bertindak menurut budi bicara untuk tidak perkenan permintaan bubar Parlimen melalui Perkara 40 (2)