ad
BERITA UTAMA

Pasar Borneo Seri Kembangan: Destinasi perantau Sabah, Sarawak lepas rindu

31 Mei 2025, 9:00 PM
Pasar Borneo Seri Kembangan: Destinasi perantau Sabah, Sarawak lepas rindu
Pasar Borneo Seri Kembangan: Destinasi perantau Sabah, Sarawak lepas rindu
Pasar Borneo Seri Kembangan: Destinasi perantau Sabah, Sarawak lepas rindu
Pasar Borneo Seri Kembangan: Destinasi perantau Sabah, Sarawak lepas rindu
Pasar Borneo Seri Kembangan: Destinasi perantau Sabah, Sarawak lepas rindu
Pasar Borneo Seri Kembangan: Destinasi perantau Sabah, Sarawak lepas rindu
Pasar Borneo Seri Kembangan: Destinasi perantau Sabah, Sarawak lepas rindu
Pasar Borneo Seri Kembangan: Destinasi perantau Sabah, Sarawak lepas rindu
Pasar Borneo Seri Kembangan: Destinasi perantau Sabah, Sarawak lepas rindu
Pasar Borneo Seri Kembangan: Destinasi perantau Sabah, Sarawak lepas rindu
Pasar Borneo Seri Kembangan: Destinasi perantau Sabah, Sarawak lepas rindu

SUBANG JAYA, 31 MEI: Di tengah hiruk-pikuk kota, wujud sebuah ruang yang bukan sekadar pasar tetapi ‘jendela’ yang membawa kita terus ke jantung Borneo.

Tempat aroma rempah, juadah tradisi dan barangan eksotik berpadu dalam suasana penuh nostalgia, membangkitkan rasa kampung halaman dalam setiap langkah.

Itulah Pasar Borneo Seri Kembangan, medan pertemuan warga Sabah dan Sarawak di perantauan, tempat silaturahim dirai dan identiti budaya terus mekar walaupun jauh dari Bumi Kenyalang dan Negeri Di Bawah Bayu.

Menjelang sambutan Pesta Kaamatan (30–31 Mei) dan Hari Gawai (1–2 Jun), pasar ini berubah menjadi pesta kecil yang meriah dengan gelak tawa, rindu yang terubat dan warisan yang terus disemai di tanah Semenanjung.

[caption id="attachment_703388" align="aligncenter" width="814"] Pengunjung teruja mendapatkan aneka juadah autentik dari Sabah dan Sarawak yang dijual di Pasar Borneo Seri Kembangan pada 24 Mei 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Tarikan utama setiap Sabtu

Pasar Borneo Seri Kembangan yang beroperasi setiap pagi Sabtu sejak 2016, bermula secara kecil-kecilan dengan sekitar 20 peniaga. Kini ia berkembang menjadi tumpuan lebih 70 peniaga yang menawarkan pelbagai produk autentik dari Sabah dan Sarawak.

Pengerusi Pasar Budaya Borneo Seri Kembangan, Nelson Entap, 57, menyifatkan pasar ini sebagai ruang istimewa buat komuniti Borneo di perantauan untuk mengimbau kenangan kampung halaman.

[caption id="attachment_703381" align="aligncenter" width="809"] Pengunjung tidak melepaskan peluang mendapatkan Mi Sarawak yang dijual di Pasar Borneo Seri Kembangan pada 24 Mei 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Antara makanan tradisional yang menjadi tarikan utama termasuklah mi kolok, laksa Sarawak, soto Sabah dan ayam pansuh — hidangan istimewa yang dimasak dalam buluh serta kek lapis dan kuih penyaram yang menjadi kegemaran ramai.

Selain makanan, pasar ini turut menawarkan buah-buahan eksotik seperti dabai, tarap dan bambangan serta pelbagai ulam-ulaman dan rempah ratus yang sukar ditemui di Semenanjung.

[caption id="attachment_703301" align="aligncenter" width="721"] Pengerusi Pasar Borneo Seri Kembangan Nelson Entap ketika ditemui Media Selangor di pasar berkenaan pada 24 Mei 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

“Saya cuba bawa barang yang tiada di sini, contohnya buah tarap, bambangan dan dabai. Kita juga ada pelbagai kuih tradisi dari Sabah dan Sarawak. Kalau orang tak sempat balik kampung untuk beli barang datang saja ke sini,” kata Nelson ketika ditemu bual Media Selangor baru-baru ini.

“Menjelang Gawai dan Kaamatan, ramai yang akan menempah kuih penyaram, ayam pansuh atau beli bahan-bahan asli untuk memasak sendiri. Pasar ini jadi tumpuan utama mereka,” tambahnya.

Lubuk penawar rindu

Bagi Rizal Semin, 35, dari Bau, Sarawak, pasar ini menjadi tempat untuk melepaskan rindu kepada kampung halaman terutama apabila teringin menjamah makanan tradisional seperti mi kolok dan laksa Sarawak.

[caption id="attachment_703387" align="aligncenter" width="748"] Pengunjung, Rizal Semin, 35, ketika ditemui Media Selangor di Pasar Borneo Seri Kembangan pada 24 Mei 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Sebulan sekali saya mesti datang. Banyak barang dari kampung ada di sini. Mudah cari dan harga pun berpatutan. Dapatlah beli untuk lepaskan rindu pada kampung,” katanya.

Peniaga muda, Racqule Rachel, 18, dari Penampang, Sabah, berkata permintaan terhadap kuih penyaram, kuih tradisional masyarakat Sabah meningkat menjelang musim perayaan.

“Penyaram ini memang kuih tradisi kami. Ada yang perisa gula apong, pandan… semuanya kegemaran orang Borneo,” ujarnya sambil tersenyum bangga.

Sementara itu, peniaga ulam-ulaman July Jarumi, 48, pula menjelaskan permintaan terhadap hasil bumi Borneo seperti sayur kuchai, tuhau dan terung asam sangat tinggi menjelang perayaan.

[caption id="attachment_703386" align="aligncenter" width="750"] Peniaga ulam-ulaman July Jarumi, 48, ketika ditemui Media Selangor di Pasar Borneo Seri Kembangan pada 24 Mei 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

“Kalau musimnya tiba, buah bambangan dan tarap pun cepat habis. Ramai yang cari untuk sambutan Gawai dan Kaamatan. Di sini, walau tak balik kampung, mereka masih boleh rasa seperti di rumah sendiri,” jelasnya.

Pulangkan rasa, dekatkan jiwa

Pasar Borneo Seri Kembangan bukan sekadar ruang jual beli, ia adalah nadi kebersamaan, jambatan rasa, dan medan melepas rindu buat warga Sabah dan Sarawak di perantauan.

Di sinilah mereka menjejak semula aroma kampung, menyambut perayaan dengan tangan yang penuh dan hati yang sarat kenangan.

Setiap juadah tradisi yang dijual bukan sekadar hidangan, tetapi cebisan cerita yang membawa ingatan kepada wajah-wajah tersayang, keriuhan pagi Kaamatan dan Gawai, serta bisikan rindu yang tak pernah padam.

Meskipun jauh dari tanah asal, setiap langkah di pasar ini menghidupkan semula rasa kampung halaman  seolah-olah mereka sudah pun pulang.

[caption id="attachment_703380" align="aligncenter" width="812"] Peniaga tekun menggoreng kuih penyaram, juadah tradisi yang sinonim dengan perayaan di Sabah dan Sarawak di Pasar Borneo Seri Kembangan pada 24 Mei 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_703383" align="aligncenter" width="809"] Kuih cincin antara kudapan tradisional kegemaran masyarakat Borneo turut dijual di Pasar Borneo Seri Kembangan setiap Sabtu. Gambar dirakam pada 24 Mei 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_703384" align="aligncenter" width="815"] Martabak Sabah antara sajian popular dari negeri di bawah bayu turut dijual Pasar Borneo Seri Kembangan pada 24 Mei 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_703385" align="aligncenter" width="751"] Pucuk midin segar dari Sarawak antara hasil bumi yang mengubat rindu perantau di Pasar Borneo Seri Kembangan pada 24 Mei 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_703379" align="aligncenter" width="806"] Ngiu Cap antara makanan tradisi dari Sabah yang terdiri daripada daging lembu dimasak dengan rempah dan herba tempatan turut dijual di Pasar Borneo Seri Kembangan pada 24 Mei 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.