ad
BERITA UTAMA

Hari terbuka taman kucing MBDK Ahad ini, promosi budaya haiwan angkat

30 Mei 2025, 2:00 PM
Hari terbuka taman kucing MBDK Ahad ini, promosi budaya haiwan angkat
Hari terbuka taman kucing MBDK Ahad ini, promosi budaya haiwan angkat

SHAH ALAM, 30 MEI: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menganjur hari terbuka Taman Kucing Klang@Bandar Bukit Raja, Ahad ini bagi mempromosi budaya haiwan angkat dalam masyarakat.

Datuk Bandarnya berkata bermula 8 pagi hingga 12 tengah hari, program itu juga bertujuan meningkatkan kesedaran awam tentang penjagaan haiwan terbiar, khususnya kucing.

[caption id="attachment_701539" align="alignleft" width="344"] Datuk Bandar Klang Dato’ Abd Hamid Hussain[/caption]

Menurut Dato’ Abd Hamid Hussain, program yang akan dilaksana pada Ahad minggu pertama setiap dua bulan juga bagi memupuk sikap penyayang terhadap haiwan.

“Seekor kucing yang diangkatkan akan dikenakan bayaran RM15 sebagai token kos pengurusan rumah kucing.

“Program ini turut mendapat kerjasama antara pihak berkuasa tempatan, badan bukan kerajaan (NGO), klinik veterinar dan sukarelawan,” katanya.

Taman Kucing@Bandar Bukit Raja yang dibina dengan kos RM800,000 mampu memuatkan 150 kucing dalam satu-satu masa.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.