BERITA UTAMA

Penduduk lega persekitaran kembali bersih, tindakan MBSA roboh gerai haram dipuji

29 Mei 2025, 9:00 PM
Penduduk lega persekitaran kembali bersih, tindakan MBSA roboh gerai haram dipuji
Penduduk lega persekitaran kembali bersih, tindakan MBSA roboh gerai haram dipuji
Penduduk lega persekitaran kembali bersih, tindakan MBSA roboh gerai haram dipuji
Penduduk lega persekitaran kembali bersih, tindakan MBSA roboh gerai haram dipuji
Penduduk lega persekitaran kembali bersih, tindakan MBSA roboh gerai haram dipuji
Penduduk lega persekitaran kembali bersih, tindakan MBSA roboh gerai haram dipuji

SHAH ALAM, 29 MEI: Penduduk Taman Subang Perdana, Seksyen U3 di sini menarik nafas lega selepas tapak gerai haram yang sekian lama mencemarkan kawasan kejiranan akhirnya dirobohkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kelmarin.

Terletak berhampiran taman permainan kanak-kanak, kawasan berkenaan sebelum ini menjadi tumpuan penjaja tanpa permit hingga menimbulkan pelbagai masalah, termasuk kesesakan, kebersihan dan keselamatan.

[caption id="attachment_703356" align="aligncenter" width="712"] Suri rumah, Ayu Zulida Hanim Zulkifli, 41,[/caption]

Suri rumah, Ayu Zulida Hanim Zulkifli, 41, teruja melihat kawasan berkenaan kembali bersih dan lapang untuk penduduk di kawasan itu beriadah.

“Sekarang tempat ini nampak lebih bersih dan selesa mata yang melihat. Anak-anak pun boleh main di taman permainan di situ.

"Sebelum ini tidak selesa sebab ada banyak sampah. Saya harap selepas ini tempat ini akan jadi lebih cantik dan terjaga,” katanya ketika ditemui Media Selangor hari ini.

Terdahulu, Ahli Majlis MBSA Zon 17 Ooi Haw Voon membawa Media Selangor meninjau kerja memangkas pokok di lokasi berkenaan.

[caption id="attachment_703355" align="aligncenter" width="798"] Pengurus Masjid Taman Subang Perdana Mohd Nazul Bahaudin, 50,[/caption]

Pengurus Masjid Taman Subang Perdana Mohd Nazul Bahaudin, 50, turut menyuarakan kelegaan selepas bertahun-tahun bergelut dengan bau busuk dan sistem saliran tersumbat akibat lambakan sampah.

“Kawasan ini banyak pokok tua. Bahaya apabila pokok tumbang atau dahan jatuh. Pernah terjadi tetapi nasib baik tidak ada orang ketika itu.

"Kebanjiran peniaga warga asing juga merupakan satu masalah kerana mereka ini tidak terlalu titikberatkan kebersihan,” katanya yang sudah menetap di kawasan itu lebih 25 tahun.

[caption id="attachment_703354" align="aligncenter" width="783"] Mohd Lutfiy Affiandy Abd Aziz, 38,[/caption]

Sementara itu, seorang peniaga, Mohd Lutfiy Affiandy Abd Aziz, 38, mengakui MBSA telah memberi beberapa notis sebelum mengambil tindakan.

“MBSA sudah maklumkan banyak kali tetapi saya ikut peniaga lain, bawah persatuan. Apabila diarah keluar, kami keluar. Sedih juga tetapi kita akur demi kebaikan bersama,” katanya yang berniaga nasi ayam.

[caption id="attachment_703357" align="aligncenter" width="802"] Ahli Majlis Zon 17 Ooi Haw Voon meninjau kerja memangkas pokok di tapak perobohan gerai haram di Taman Subang Perdana, Seksyen U3 pada 29 Mei 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Semalam, Media Selangor melaporkan MBSA melaksanakan operasi perobohan gerai penjaja tanpa permit di Seksyen U3, susulan aduan penduduk setempat.

Menurut Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, aktiviti gerai terbabit menimbulkan kacau ganggu termasuk halangan laluan awam, kesesakan lalu lintas dan isu kebersihan.

[caption id="attachment_703119" align="aligncenter" width="806"] Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melaksanakan operasi perobohan gerai penjaja tanpa permit di Seksyen U3, Shah Alam pada 27 Mei 2025. FOTO MBSA[/caption]