AGENDA

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 7 Jun

27 Mei 2025, 8:08 PM
Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 7 Jun

KUALA LUMPUR, 27 MEI: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 7 Jun ini, menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Datuk Mohd Aseral Jusman.

Menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini, beliau turut mengisytiharkan 1 Zulhijjah 1446H jatuh pada Khamis ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1446H ialah pada 29 Mei 2025 Masihi.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ialah pada hari Sabtu, 7 Jun 2025 Masihi,” katanya.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.