SHAH ALAM, 27 MEI: Isu persempadanan semula melibatkan Selangor dan Putrajaya hampir selesai dan dijangka dimuktamadkan akhir tahun nanti.
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata antara daerah yang selesai melibatkan Sepang, Kuala Langat dan beberapa kawasan lain termasuk Putrajaya.
"Namun, bagi persempadanan Kuala Lumpur dan Selangor antaranya di Petaling Jaya dan Subang masih belum selesai serta mengambil masa berikutan agak rumit.
"Kita tidak pasti bila selesai kerana ia membabitkan ukuran di bawah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem)," katanya selepas merasmikan sambutan hari guru Jabatan Agama Islam Selangor hari ini.
[caption id="attachment_702993" align="aligncenter" width="662"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan Anugerah Tokoh Guru Lelaki 2025 kepada Bahari Bustamampada Majlis Sambutan Hari Guru Oleh Jabatan Agama Islam Selangor di Dewan Jamuan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ada 27 Mei 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]
Semalam, Amirudin dalam pertemuan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa membincangkan pelbagai perkara termasuk persempadanan dan pentadbiran yang melibatkan cukai, penyelenggaraan pihak berkuasa tempatan serta isu air.
Amirudin memaklumkan Kerajaan Negeri komited menyelesaikan isu-isu ini agar rakyat dapat menerima manfaat hasil kerjasama erat antara Putrajaya dan Selangor.
Selain itu, menerusi laman X, Zaliha menjelaskan proses persempadanan antara Putrajaya dan Selangor hampir selesai yang mana ia melibatkan 24 kerja-kerja pengukuran serta pemetaan sempadan diksanakan Jupem.
[caption id="attachment_702992" align="aligncenter" width="670"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bertemu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa di Putrajaya membincangkan beberapa isu termasuk persempadanan Selangor, Putrajaya pada 26 Mei 2025. Foto Facebook Amirudin Shari[/caption]
Berhubung pembukaan tanah perkuburan Islam di Hulu Semenyih, Amirudin menjelaskan pihaknya meminta kebenaran sebanyak 10 peratus supaya jenazah penduduk tempatan dikebumikan di kawasan tersebut.
"Tanah di situ milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan mereka positif dengan cadangan ini kerana ia membantu mengurangkan kesesakan pengebumian jenazah di tanah perkuburan lain," katanya.