ad
AGENDA

Kongres KEADILAN: Gandingan baharu dan lama, bawa harapan menuju PRU16

25 Mei 2025, 6:39 AM
Kongres KEADILAN: Gandingan baharu dan lama, bawa harapan menuju PRU16
Kongres KEADILAN: Gandingan baharu dan lama, bawa harapan menuju PRU16
Kongres KEADILAN: Gandingan baharu dan lama, bawa harapan menuju PRU16
Kongres KEADILAN: Gandingan baharu dan lama, bawa harapan menuju PRU16

SHAH ALAM, 25 MEI: Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) 2024/2025 yang berlangsung di Johor Bahru melabuhkan tirai, dengan membawa perubahan signifikan dalam landskap politik.

Bermula Khamis lalu, kongres yang dirasmikan presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan beberapa kepimpinan baharu bagi memastikan parti kekal mantap mendepani pilihan raya umum ke-16 (PRU16).

Parti keramat itu turut mengekalkan Anwar yang juga perdana menteri sebagai presiden untuk penggal 2025-2028 sejak 2018, setelah menang tanpa bertanding dalam pemilihan tersebut.

Gandingan muka baharu dan lama

Dalam pertandingan jawatan timbalan presiden, Nurul Izzah Anwar menewaskan penyandang Datuk Seri Rafizi Ramli, dengan memperoleh 9,803 undi berbanding 3,866 undi yang diraih menteri ekonomi itu.

Jawatan naib presiden kekal Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.

[caption id="attachment_702650" align="aligncenter" width="780"] Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika sesi penggulugan Kongres Nasional tahunan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) 2024/2025 di Persada Johor pada 24 Mei 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R Ramanan muncul satu-satunya muka baharu sebagai naib presiden, mengetepikan penyandang terdahulu Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pemilihan kali ini turut menampilkan muka baharu Majlis Pimpinan Pusat (MPP) antaranya Datuk Fahmi Fadzil, Adam Adli Abdul Halim serta Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet.

Untuk jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muhammad Kamil Abdul Munim menang tanpa bertanding, manakala Izuan Kasim yang juga wakil rakyat Kota Damansara dilantik sebagai timbalan.

[caption id="attachment_702663" align="aligncenter" width="812"] Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Nurul Izzah Anwar ketika Sesi penggulugan Kongres Nasional tahunan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) bagi tahun 2024/2025 di Persada Johor pada 24 Mei 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Ketua wanita Fadhlina Sidek kekal mempertahan jawatan dengan menewaskan Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail, manakala timbalan berjaya dipertahan Juwairiya Zulkifli selama dua penggal.

Pemilihan kepimpinan sesi 2025-2028 melibatkan penyertaan 251 calon - 104 pencalonan untuk MPP, 85 untuk Majlis Pimpinan AMK, dan 62 untuk Majlis Pimpinan Wanita.

Tidak pinggir calon tewas

Sementara itu, Anwar ketika berucap merasmikan kongres berkenaan menegaskan KEADILAN tidak meminggirkan calon yang tewas, sebaliknya akan dirangkul bersama meneruskan perjuangan parti.

Menjelaskan tindakan tersebut, Anwar berkata ia merupakan satu kepentingan demi agenda perjuangan, selain terus menjaga kekuatan KEADILAN untuk pembangunan negara buat jangka masa panjang.

Pada masa sama, Nurul Izzah menyeru semua pimpinan dan perwakilan terus memperkukuh idealisme sebagai teras perjuangan bagi memastikan KEADILAN kalis cabaran serta kekal relevan.

[caption id="attachment_702649" align="aligncenter" width="813"] Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama barisan pimpinan parti baru ketika Sesi penggulugan Kongres Nasional tahunan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) 2024/2025 di Persada Johor pada 24 Mei 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Beliau juga menggesa semua pihak bersatu tenaga dan mengetepikan perbezaan dengan menjadikan rakyat sebagai keutamaan untuk memperkukuh parti mendepani pilihan raya akan datang.

Dalam pada itu, Amirudin ketika sesi penggulungan berkata satu garis masa dan hala tuju Malaysia menjelang usia 100 tahun pada 2057 perlu dirangka bermula sekarang dengan penuh idealisme.

Justeru, pengerusi majlis pimpinan negeri itu berkata perkara tersebut perlu ditetapkan dalam tempoh 32 tahun lagi untuk mencapai kesepaduan rakyat, selain memastikan negara terus maju.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.