ad
AGENDA

STAM 2024: 34 calon dapat keputusan Mumtaz semua mata pelajaran

20 Mei 2025, 8:49 AM
STAM 2024: 34 calon dapat keputusan Mumtaz semua mata pelajaran

PUTRAJAYA, 20 MEI: Seramai 34 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2024 berjaya mendapat keputusan Mumtaz dalam semua mata pelajaran.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, keputusan STAM 2024 juga menunjukkan pencapaian memberangsangkan dengan Gred Purata Kebangsaan (GPK) mencatatkan 3.0 mata berbanding 3.09 mata pada tahun sebelumya, iaitu mengecil sebanyak 0.09 mata.

GPK bagi calon sekolah KPM pada tahun 2024 pula ialah 2.81 mata, berbanding 2.91 mata pada tahun 2023, mengecil sebanyak 0.10 mata.

“Perkara ini menunjukkan pencapaian calon STAM sekolah KPM pada tahun 2024, adalah lebih baik berbanding tahun 2023,” menurut kenyataan itu.

Seramai 4,507 calon berdaftar untuk STAM Tahun 2024 merangkumi 1,552 calon sekolah KPM, Sekolah Menengah Agama Negeri (1,726), Sekolah Menengah Agama Rakyat (296), Sekolah Menengah Swasta (29) dan calon persendirian (904).

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.