SHAH ALAM, 19 MEI: Aktiviti saringan kesihatan percuma antara yang mendapat sambutan menerusi Program Komuniti Sihat dan Sejahtera Klang di Padang Awam, Laman Seri Kerayong, semalam.
Warga emas Sabiah Samar, 68, hadir bersama anaknya ke program berkenaan kerana mahu membuat pemeriksaan kesihatan dan mata secara percuma.
“Tahu berkaitan program ini sejak minggu lalu dan memang sudah rancang untuk datang ke sini. Selain buat pemeriksaan kesihatan, kita juga mahu melihat aktiviti menarik di sini.
[caption id="attachment_701869" align="alignleft" width="500"]
Sabiah Samar,68 bercakap kepada media di Program Komuniti Sihat dan Sejahtera Daerah Klang 2025 di Padang Awam Laman Seri Kerayong Kapar Klang Selangor pada 18 Mei 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Alhamdulillah dah buat pemeriksaan, semuanya baik sahaja. Bagus anjur program kesihatan secara percuma, peluang ini wajar direbut dan saya harap Majlis Bandaraya Diraja Klang anjur lebih kerap,” katanya ketila ditemui.
Sementara itu, Abdul Hamid Ahmad Sazili, 31, hadir bersama isteri dan anaknya kerana ingin meluangkan masa cuti hujung minggu.
“Kebetulan kami tinggal kawasan sini juga dan tadi keluar sarapan lalu sini nampak ada program, singgahlah. Menarik, banyak jualan dan pameran.
[caption id="attachment_701870" align="alignright" width="500"]
Abdul Hamid Ahmad Sazili, 31, bercakap kepada media di Program Komuniti Sihat dan Sejahtera Daerah Klang 2025 di Padang Awam Laman Seri Kerayong Kapar, Klang Selangor pada 18 Mei 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Bagus anjur aktiviti ini selalu sekurang-kurangnya dapat penduduk kawasan berhampiran meluangkan cuti hujung minggu dengan sertai aktiviti menarik,” katanya.
Semalam, kira-kira 1,000 orang memeriahkan Program Komuniti Sihat dan Sejahtera Klang yang dirasmikan Datuk Bandar Klang Dato’ Abd Hamid Hussain.
[caption id="attachment_701681" align="aligncenter" width="1191"]
Datuk Bandar Klang Dato' Abd Hamid Hussain melawat reruai pameran di Program Komuniti Sihat dan Sejahtera Daerah Klang 2025 di Padang Awam Laman Seri Kerayong Kapar Klang Selangor pada 18 Mei 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]


