KLANG, 19 MEI: Sambutan Hari Belia Negara (HBN) peringkat Selangor pada Sabtu dan Ahad di KSL Esplanade Mall, di sini menjadi medan penting memupuk kepimpinan anak muda selain membuka peluang jaringan serantau menerusi Asean.
Presiden Majlis Belia Selangor Dato' Imran Tamrin berkata lebih 5,000 hadir ke program yang mengetengahkan pameran kerjaya, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan pendedahan kepada peluang jaringan antarabangsa.
“Sempena Malaysia menjadi Pengerusi Asean tahun ini, kita ambil peluang membuka reruai khas mengenainya. Ia menjadi platform untuk berkongsi perspektif serantau dengan anak muda.
“Penyertaan belia dalam program ini memberikan dampak positif kepada ekonomi, sosial dan pembangunan kepimpinan, selain beri peluang belia untuk berkarya,” katanya ketika berucap pada majlis program berkenaan, semalam.
[caption id="attachment_701812" align="aligncenter" width="815"]
EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin (tengah) bergambar sebahagian pengunjung pada Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Selangor di KSL Esplanade Mall, Klang pada 18 Mei 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
Bertemakan Yakin Boleh, program dua hari itu turut dimeriahkan dengan pertandingan e-sukan dan persembahan kebudayaan selain klinik guaman dan pameran dari pelbagai agensi.
Terdahulu, majlis penutup disempurnakan EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin, mewakili Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Dato' Ts Saipolyazan M Yusop.
Jamaliah turut menyampaikan Anugerah Perdana Belia Negara peringkat negeri serta insentif khas kepada atlet cemerlang Selangor sempena kejohanan Parasukma XXI Sarawak 2025.
[caption id="attachment_701817" align="aligncenter" width="753"]
EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin (tengah) bersama Presiden Majlis Belia Negeri Selangor Dato’ Mohd Imran Tamrin (dua, kanan) bergambar bersama penerima anugerah perdana belia negara ketegori pertubuhan belia pada Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Selangor di KSL Esplanade Mall, Klang pada 18 Mei 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_701813" align="aligncenter" width="720"]
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Dato’ Ts. Saipolyazan M Yusop (dua, kiri) menyampaikan cek cura insentif kepada wakil Parasikma Sarawak 2024 sambil diperhatikan EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin (tiga, kanan) bersama Presiden Majlis Belia Negeri Selangor Dato’ Mohd Imran Tamrin (kanan) pada Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Selangor di KSL Esplanade Mall, Klang pada 18 Mei 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_701814" align="aligncenter" width="811"]
EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin (tengah) bersama Presiden Majlis Belia Negeri Selangor Dato’ Mohd Imran Tamrin (tiga, kanan) bergambar bersama pemenang Mobile Legend Bang Bang (MLBB) Selangor Youth Championship 2025 pada Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Selangor di KSL Esplanade Mall, Klang pada 18 Mei 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]


