PETALING JAYA, 18 MEI: Industri media berdepan cabaran revolusi maklumat yang semakin pantas menerusi pelbagai saluran penyampaian, kata Pengarang Kumpulan Kanan Media Selangor.
Fathi Aris Omar berkata sebelum ini sumber berita hanya ditentukan oleh agensi media namun kini sesiapa sahaja boleh berkongsi cerita masing-masing khususnya di media sosial.
“Cabarannya bagaimana media harus merebut persaingan untuk meraih perhatian awam menerusi berita yang ingin disampaikan.
“Ini tidak termasuk lagi dengan cabaran teknologi kecerdasan buatan (AI) yang akhirnya mampu menggoyahkan organisasi media,” katanya.
[caption id="attachment_701625" align="aligncenter" width="1147"] Pengarang Kumpulan Kanan Media Selangor Fathi Aris Omar ketika program sambutan Hari Kebebasan Media Gerakan Media Merdeka (GERAMM) di Gerak Budaya, Petaling Jaya pada 17 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIASELANGOR[/caption]
Beliau berkata demikian ketika dijemput sebagai panelis forum bertajuk 'Kebebasan Media' sempena sambutan Hari Kebebasan Media anjuran Gerakan Media Merdeka (GERAMM) di Gerak Budaya di sini, semalam.
Forum yang menampilkan moderator Haslina AR Kamaluddin itu turut disertai dua lagi panelis iaitu Ketua Editor Malaysia World, Norila Daud dan Ketua Bilik Berita dari agensi berita Indonesia, Narasi, Laban Abaraham Laisila.
Menurut Fathi, kesan kebergantungan masyarakat terhadap kandungan berita di media sosial menyebabkan ada kelompok yang gagal membezakan maklumat tersebut palsu atau sahih.
“Masalah kita bukan lagi kredibiliti tetapi pengguna media yang mudah percaya atau krisis tidak berfikir panjang. Media perlu bantu mereka untuk bezakan mana inti, dan yang mana hampas,” katanya.
Sementara itu, Norila berkata pendekatan kerajaan yang bersetuju menubuhkan Majlis Media Malaysia (MMM) merupakan keputusan terbaik bawah pentadbiran kerajaan perpaduan.
Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) itu turut menasihatkan pengamal media terus memperjuangkan kebebasan media selain mengamalkan etika walau berdepan cabaran hebat media sosial.
[caption id="attachment_701626" align="alignleft" width="520"] Ketua Editor Malaysia World, Norila Daud ketika program sambutan Hari Kebebasan Media Gerakan Media Merdeka (GERAMM) di Gerak Budaya, Petaling Jaya pada 17 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIASELANGOR[/caption]
“Kalau ada sesiapa mahu berlagak dengan dunia kewartawanan ini, biarkan mereka. Anda semua mesti menulis dengan beretika dan penuh tanggungjawab terhadap masyarakat,” katanya.
Selepas 52 tahun dicadangkan, industri media tempatan melakar pencapaian baru dengan penubuhan MMM yang diluluskan Dewan Rakyat 26 Februari lalu.
RUU MMM yang mengandungi 23 Fasal itu antara lain bagi membolehkan penubuhan badan kawal selia kendiri bagi menjaga kepentingan media dan pengamal media di negara ini.
[caption id="attachment_701627" align="aligncenter" width="1239"] Pengarah GERAMM Radzi Razak (tengah) bersama panelis program sambutan Hari Kebebasan Media Gerakan Media Merdeka (GERAMM) di Gerak Budaya, Petaling Jaya pada 17 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIASELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_701628" align="aligncenter" width="1270"] Pengarang Kumpulan Kanan Media Selangor Fathi Aris Omar (dua, kiri) bercakap ketika program sambutan Hari Kebebasan Media Gerakan Media Merdeka (GERAMM) di Gerak Budaya, Petaling Jaya pada 17 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIASELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_701598" align="aligncenter" width="1212"] Program sambutan Hari Kebebasan Media Gerakan Media Merdeka (GERAMM) di Gerak Budaya, Petaling Jaya pada 17 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIASELANGOR[/caption]