ad
EXCO

Penduduk Kampung Sungai Kayu Ara dipelawa hadir saringan kesihatan percuma esok

16 Mei 2025, 2:25 AM
Penduduk Kampung Sungai Kayu Ara dipelawa hadir saringan kesihatan percuma esok
Penduduk Kampung Sungai Kayu Ara dipelawa hadir saringan kesihatan percuma esok

Oleh Dewi Abdul Rahman

SHAH ALAM, 16 MEI: Penduduk Kampung Sungai Kayu Ara dipelawa menyertai program pemeriksaan kesihatan percuma yang akan berlangsung di Balairaya Kampung Sungai Kayu Ara, esok.

EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin memaklumkan program dari 8.30 pagi hingga 12 tengah hari itu menawarkan pemeriksaan gula dan tekanan darah, konsultasi doktor, serta pemberian ubat-ubatan untuk penyakit ringan.

"Inisiatif ini terbuka kepada golongan B40 dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan.

"Penduduk yang berminat hanya perlu membawa kad pengenalan untuk pendaftaran serta memakai pelitup muka sepanjang program berlangsung," katanya di Facebook.

Beliau berharap inisiatif anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama Hospital Assunta Petaling Jaya membantu penduduk setempat mengesan awal penyakit selain meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan.

"Jutaan terima kasih kepada Hospital Assunta atas komitmen mereka dalam menjaga kesihatan penduduk kampung yang kami kasihi ini," tambahnya.

Program pemeriksaan kesihatan percuma di kawasan tersebut diadakan setiap Sabtu minggu ketiga setiap bulan.

Bagi yang berminat, pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan http://tiny.cc/KlinikKayuAra, manakala sebarang pertanyaan hubungi talian 016-211 4732.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.