Seramai 100 delegasi Ahli Parlimen Muda Asean (YPA-AIPA) menyertai lawatan budaya ke Pulau Kempas, Kuala Langat sempena Mesyuarat Konsultatif ke-2 Parlimen Muda Asean.
Lawatan diketuai Pengerusi YPA-AIPA Dato' Mohd Shahar Abdullah sebagai sebahagian usaha mendekati suku Temuan, masyarakat Orang Asli terbesar di Selangor selain memahami kepelbagaian budaya tempatan.
Pulau Kempas dipilih kerana kejayaannya membangunkan Pusat Informasi Suku Temuan, yang menonjolkan warisan komuniti seperti kraf tangan, pertanian organik dan adat resam tradisional.
Jurugambar Mohd Khairul Helmy Mohd Din merakam sesi Farmtrip bersama Pejabat Dewan Negeri Selangor diiringi EXCO Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu pada 7 Mei lalu.
Pengerusi YPA-AIPA Dato' Indera Mohd Shahar Abdullah (lapan dari kiri) bersama EXCO Sumber Manusia dan
Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu (enam dari kiri) bergambar bersama delegasi YPA-AIPA
Pengerusi YPA-AIPA Dato' Indera Mohd Shahar Abdullah (tengah) melawat gerai jualan sayuran komuniti Temuan
Penduduk suku Temuan menunjukkan cara menggunakan perangkap haiwan kepada delegasi YPA-AIPA
Penduduk suku Temuan menunjukkan cara menggunakan Persik iaitu perangkap haiwan yang diperbuat daripada buluh dan rotan
Delegasi YPA-AIPA diberi peluang menyediakan makanan tradisional suku Temuan
Penduduk suku Temuan menunjukkan cara menyediakan makanan tradisional mereka
Delegasi YPA-AIPA dihidangkan makanan tradisional suku Temuan
Delegasi YPA-AIPA berpeluang mencuba alatan sumpit
Delegasi YPA-AIPA melawat kebun sayuran komuniti
Delegasi YPA-AIPA memetik sayuran di kebun komuniti
Sayuran di kebun komuniti suku Temuan







