ad
AGENDA

Maskot Mechamato curi tumpuan di Ekspo Osaka

6 Mei 2025, 12:27 PM
Maskot Mechamato curi tumpuan di Ekspo Osaka
Maskot Mechamato curi tumpuan di Ekspo Osaka
Maskot Mechamato curi tumpuan di Ekspo Osaka
Maskot Mechamato curi tumpuan di Ekspo Osaka
Maskot Mechamato curi tumpuan di Ekspo Osaka
Maskot Mechamato curi tumpuan di Ekspo Osaka
Maskot Mechamato curi tumpuan di Ekspo Osaka

OSAKA, 6 MEI: Maskot animasi tempatan Mechamato menceriakan suasana di Pavilion Malaysia sempena Ekspo Osaka, Kansai 2025 di sini selama lima hari bermula semalam hingga Jumaat ini.

Mechamato sebagai maskot Minggu Selangor merupakan watak popular tempatan menjadi simbol aspirasi di ekspo Osaka 2025 yang melibatkan penyertaan 161 negara termasuk sembilan pertubuhan antarabangsa itu.

Penampilan watak popular tempatan itu memberikan keceriaan bukan sahaja kepada kanak-kanak malah golongan dewasa untuk bergambar bersama sebagai kenangan.

Mechamato menggambarkan gabungan kreativiti tempatan dan imiginasi teknologi dalam menyampaikan visi negeri untuk masa hadapan yang inovatif serta inklusif diterajui generasi muda.

Pengunjung turut dihiburkan persembahan nyanyian lagu bahasa Jepun berjudul Sukiyaki oleh kumpulan tempatan negeri Balle-Balle.

Pameran Minggu Selangor dengan membawa tema “Building a resilient future” menampilkan Selangor sebagai negeri masa depan yang berdaya saing, berhubung secara global dan dipacu oleh teknologi, budaya serta tenaga belia.

Program seminggu itu menampilkan Selangor sebagai negeri masa depan yang berdaya saing, berhubung secara global dan dipacu oleh teknologi, budaya serta tenaga belia.

[caption id="attachment_699894" align="aligncenter" width="1065"] Pengunjung mempelajari seni anyaman Mah Meri di reruai Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) ketika pameran Minggu Selangor di Pavilion Malaysia dalam Ekspo Dunia Osaka 2025, Jepun pada 6 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_699892" align="aligncenter" width="1282"] Pengunjung teruja bertemu Mechamato ketika pameran Minggu Selangor di Pavilion Malaysia dalam Ekspo Dunia Osaka 2025, Jepun pada 6 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_699895" align="aligncenter" width="1174"] Pengunjung turut sama menari ketika persembahan Kumpulan Balle Balle Kuala Selangor ketika pameran Minggu Selangor di Pavilion Malaysia dalam Ekspo Dunia Osaka 2025, Jepun pada 6 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_699896" align="aligncenter" width="1413"] Pengunjung memilih barangan jualan buatan Malaysia di pameran Minggu Selangor di Pavilion Malaysia dalam Ekspo Dunia Osaka 2025, Jepun pada 6 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_699897" align="aligncenter" width="1221"] Pengunjung melihat dokumentari Selangor Royal Heritage Forest ketika pameran Minggu Selangor di Pavilion Malaysia dalam Ekspo Dunia Osaka 2025, Jepun pada 6 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_699898" align="aligncenter" width="1354"] Pengunjung memakai topeng Bajos dan Tok Naning ketika pameran Minggu Selangor di Pavilion Malaysia dalam Ekspo Dunia Osaka 2025, Jepun pada 6 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.