ad
AGENDA

Jamin kestabilan ekonomi, PM umum enam strategi depani impak tarif AS

5 Mei 2025, 8:45 AM
Jamin kestabilan ekonomi, PM umum enam strategi depani impak tarif AS

SHAH ALAM, 5 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan enam strategi bagi menjamin kestabilan ekonomi untuk jangka pendek dan sederhana dalam mendepani impak tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS).

Pertama: Memantau petunjuk utama ekonomi seperti tempahan pembuatan, eksport, jualan runcit, pemberhentian pekerja dan pertumbuhan pinjaman.

Kedua: Rundingan penyelesaian tarif timbal balas AS termasuk menambah baik hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala

Ketiga: Membantu pengeksport yang terjejas khususnya PKS

Keempat: Menggalakkan kerjasama serantau dan pasaran baharu seperti di Eropah, Timur Tengah, Asia Tengah dan Amerika Selatan serta memperkukuh perdagangan serantau terutamanya dengan negara ahli Asean.

Kelima: Mempercepat pelaksanaan projek pembangunan dan kelulusan kerajaan termasuk untuk pelaburan

Keenam: Meneruskan agenda pembaharuan ekonomi terutamanya dalam memperkukuh daya tahan dan daya saing ekonomi negara

Selain itu, Anwar berkata kerajaan akan terus menumpukan usaha mempercepat pelaksanaan agenda pembaharuan ekonomi termasuk agenda pendigitalan negara.

Tegasnya, tiada dasar utama negara seperti hak Bumiputera, keperluan vendor tempatan atau perlindungan sektor strategik akan dikompromi dalam apa jua rundingan.

April lalu, AS mengumumkan akan melaksanakan tarif sebanyak 24 peratus terhadap produk eksport dari Malaysia sebagai sebahagian daripada tindakan perdagangan untuk melindungi industri tempatan mereka.

Tindakan termasuk kepada beberapa rakan dagang terbesar AS itu sekali gus meningkatkan perang perdagangan yang dijangka menggegarkan pasaran dunia.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.