ad
BERITA UTAMA

Saujana mata memandang, enam lokasi panorama indah di Sabak Bernam

2 Mei 2025, 3:30 AM
Saujana mata memandang, enam lokasi panorama indah di Sabak Bernam
Saujana mata memandang, enam lokasi panorama indah di Sabak Bernam
Saujana mata memandang, enam lokasi panorama indah di Sabak Bernam
Saujana mata memandang, enam lokasi panorama indah di Sabak Bernam
Saujana mata memandang, enam lokasi panorama indah di Sabak Bernam
Saujana mata memandang, enam lokasi panorama indah di Sabak Bernam

Landskap Sabak Bernam dihiasi alam semula jadi cukup indah dan mendamaikan. Lebih satu juta pelancong domestik dan antarabangsa dijangka ke anjung utara negeri sempena Tahun Melawat Selangor 2025.

Kedudukannya yang terletak di sempadan Perak dan Selangor menjadikannya antara destinasi persinggahan popular.

Bagi merancakkan pelancongan di situ, Kerajaan Selangor menganjurkan Festival Sawah Padi Sekinchan bermula 26 hingga 27 April ini di Terminal Sekinchan, Sabak Bernam.

Selain menyertai pelbagai aktiviti disediakan bermula jam 7 pagi hingga 7 malam itu, orang ramai juga boleh meneroka beberapa lokasi menarik di sana yang disenaraikan wartawan NADIAH ZAMLUS.

Padi Sentral Homestay

Bangunan hotel dengan binaan konkrit ini menghidangkan pemandangan sawah padi cukup mengasyikkan ketika anda berehat dari dalam bilik. Lebih-lebih lagi ketika bendang mula menghijau. Menawarkan penginapan memuatkan dua hingga empat orang dengan harga bermula RM150 hingga RM300, ia cukup berbaloi. Terletak di Jalan Parit 5 Sekinchan, pihak hotel menyediakan buai dan tangga tinggi dijadikan tempat bergambar untuk pengunjung ‘OOTD’. Kawasan tempat letak kereta juga luas

Hay Cafe Sekinchan

Reka bentuk bangunannya sama dengan Padi Sentral Homestay. Pelanggan boleh menikmati aneka kopi mesin dan pencuci mulut sambil menjamu mata pemandangan sawah padi. Lebih menarik, pengunjung boleh mendengar desiran bunyi daun padi ketika hari berangin. Cukup mengasyikkan. Kafe dibuka bermula jam 9 pagi hingga 4.30 petang dari Selasa hingga Jumaat, sementara hujung minggu dari jam 9 pagi hingga 6.30 petang

Restoran Lembah Bernam

Restoran ini terkenal dengan pelbagai hidangan eksotik seperti daging landak, rusa, arnab, burung puyuh, belut, dan ikan baung. Salah satu hidangan yang mendapat perhatian adalah baung masak tempoyak, yang menggabungkan rasa lemak durian dengan kelembutan ikan sungai.

Dibuka pada jam 11 pagi sehingga jam 5 petang dan tutup pada hari Jumaat. Rata-rata yang menggemari hidangan istimewa ini adalah pelanggan tetap dan sering datang berkumpulan

Rumah Rehat Omah Liren Sungai Besar

Omah Liren dalam bahasa Jawa bermaksud rumah rehat. Menawarkan kira-kira enam jenis rumah yang dapat memuatkan sehingga 14 tetamu dalam satu-satu masa. Binaan rumah menggunakan kayu rumah lama pastinya menggamit peminat seni bina tradisional. Terletak di Jalan Lembaga Padi Negara, ada sebahagian rumah menawarkan kemudahan kolam renang

Pantai Siput Jalan Bumi Hijau

Alang-alang sudah berada di Sabak Bernam, jangan lupa singgah di pantai ini. Kawasan permukaan pasir dipenuhi cangkerang siput. Pantai ini terkenal dengan pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan, menjadikannya lokasi ideal untuk fotografi dan bersantai. Lokasinya tenang dan damai, sesuai untuk mereka yang ingin melarikan diri dari kesibukan bandar. Memancing dan berkelah aktiviti paling sesuai di sini

Wisma Masri

Pelanggan boleh membeli bahulu panas pelbagai perisa disedia seperti pandan, coklat, cip coklat, gula merah dan banyak lagi. Selain itu, jualan utamanya adalah kerepek. Ratusan produk industri kecil sederhana terjual di situ. Kuih tiram, kerepek pisang tanduk, rempeyek kacang tanah, kerepek ubi dan banyak lagi. Terletak di Kampung Sungai Leman Sekinchan, dibuka dari jam 8 pagi hingga 6 petang

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.