ad
BERITA UTAMA

Saringan kesihatan percuma di Sungai Air Tawar, Seri Setia hujung minggu ini

2 Mei 2025, 12:00 AM
Saringan kesihatan percuma di Sungai Air Tawar, Seri Setia hujung minggu ini
Saringan kesihatan percuma di Sungai Air Tawar, Seri Setia hujung minggu ini

SHAH ALAM, 2 MEI: Pogram saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Selangor diteruskan di enam lokasi sepanjang Mei ini.

Inisiatif Selangor Saring yang menyediakan ujian kesihatan antaranya jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang, barah, mata, telinga dan gigi diadakan dari 9 pagi hingga 3 petang di lokasi berikut:

  • 3 Mei di Dewan Seri Nakhoda (DUN Sungai Air Tawar)
  • 4 Mei di Dewan Serbaguna MBPJ PJS6/1, Kampung Lindungan (DUN Seri Setia)
  • 11 Mei di Dewan Utama Demesne Pejabat Daerah Hulu Langat (DUN Sungai Ramal)
  • 17 Mei di Dewan Sivik MBPJ (DUN Bukit Gasing)
  • 25 Mei di Dewan Serbaguna Kerayong (DUN Sementa)
  • 31 Mei di Dewan Kampung Sungai Buaya (DUN Batang Kali)

Orang ramai boleh mendaftar Selangor Saring di aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) semudah empat langkah berikut:

  • memuat turun SELangkah
  • tekan butang Selangor Saring
  • isi borang soal selidik
  • pilih lokasi dan tarikh program

Belanjawan Selangor 2025 memperuntukkan RM2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma yang diperkenal sejak 2022.

Pada 17 Disember tahun lepas, Dato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata hampir 7,000 rakyat negeri ini menjalani saringan percuma sepanjang 2024 dengan 38 peratus daripadanya melibatkan individu berumur 46 hingga 64 tahun.

Program Selangor Saring antara usaha membantu penduduk mengesan penyakit lebih awal dengan menyasar individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.