SHAH ALAM, 1 MEI: Penganjuran Festival Makanan Mega Selangor 2025 yang menyajikan pelbagai makanan mampu memperkukuh ekonomi usahawan, kata EXCO pelancongan.
Dato’ Ng Suee Lim berkata dengan adanya acara itu ia dapat mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai destinasi pelancongan makanan utama di Malaysia.
“Selangor bukan sahaja terkenal dengan kepelbagaian makanan, malah hidangan yang disajikan di negeri ini merupakan lambang budaya dan warisan masyarakat kita.
“Festival ini membuktikan bahawa makanan bukan sekadar untuk dinikmati, tetapi juga satu cara untuk menyelami identiti dan kehidupan komuniti tempatan.
[caption id="attachment_699315" align="aligncenter" width="944"] EXCO Pelancongan Dato' Ng Suee Lim berswafoto bersama peserta yang mengambil bahagian dalam Festival Makanan Mega Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 1 Mei 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Malah, dengan adanya festival ini menjadi pengantara dan mengukuh ekonomi peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) serta usahawan,” katanya merasmikan festival itu di Dataran Kemerdekaan Shah Alam hari ini.
Terdahulu, festival yang melibatkan lebih 100 usahawan itu dianjurkan sempena Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025) dengan menawarkan pelbagai aktiviti menarik termasuk demonstrasi makanan, persembahan malam kebudayaan dan belon panas.
Menyasarkan 30,000 pengunjung ke festival itu, majlis perasmian turut dihadiri EXCO Perumahan Datuk Borhan Aman Shah dan Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Chua Yee Ling.
Dalam pada itu, Suee Lim memaklumkan kerjasama strategik mempromosi TMS2025 di peringkat antarabangsa melibatkan pesawat AirAsia berlangsung selama dua tahun.
“Bagi tempoh dua tahun ini, promosi di rantau Asia dan China tetapi pada masa depan kita akan perluas kerjasama di negara lain.
“Ini bertujuan untuk menarik lebih ramai pelancong antarabangsa ke Selangor sepanjang 2025 sekali gus mencapai sasaran 2 juta pengunjung,” katanya.
[caption id="attachment_699311" align="aligncenter" width="1023"] EXCO Pelancongan Dato' Ng Suee Lim dan EXCO Kebudayaan Datuk Borhan Aman Shah menaiki belon udara panas yang menjadi tarikan sempena Festival Makanan Mega Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 1 Mei 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_699314" align="aligncenter" width="1169"] Pasangan pengantin turut mengunjungi Festival Makanan Mega Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 1 Mei 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]