KLANG, 28 APRIL: Majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Central Spectrum (M) Sdn Bhd meriah dengan kehadiran lebih 1,000 tetamu terdiri rakan niaga serta pelanggan.
Ketua pengarah eksekutifnya Mohd Zapi Abdullah berkata penganjuran kali ini berbeza dan unik memandangkan ia berlangsung di pusat galeri syarikat di Pulau Indah, dekat sini.
“Hampir setiap tahun kita anjurkan rumah terbuka kecuali ketika penularan Covid-19. Selalunya kita buat di hotel tapi kali ini di pusat pameran sendiri sebab nak tarik kehadiran pengunjung ke sini.
[caption id="attachment_698791" align="alignleft" width="500"] Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum (M) Sdn Bhd Mohd Zapi Abdullah bercakap kepada Media Selangor ketika ketika majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Central Spectrum (M) Sdn Bhd di galeri jualan Central Spectrum, Klang pada 28 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Kita turut menyerahkan sumbangan RM212,000 untuk disalur kepada Tabung Prihatin Selangor bagi membantu mangsa letupan gas Putra Height.
“Sumbangan daripada beberapa rakan strategik ini diserahkan kepada Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari,” katanya kepada Media Selangor.
Dalam majlis berkenaan, Mohd Zapi turut menyerahkan duit raya kepada kepada pelajar Maahad Tahfiz Darul Furqon, Pulau Indah.
Susulan kejadian letupan saluran gas Petronas di Putra Heights pada 2 Syawal, Kerajaan Negeri menubuhkan Tabung Selangor Prihatin sebagai inisiatif tambahan meringankan beban mangsa.
Setakat 16 April, tabung itu berjaya mengumpul RM4.74 juta hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk anak syarikat dan sektor swasta.
[caption id="attachment_698792" align="aligncenter" width="1141"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari melihat model perumahan ketika menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Central Spectrum (M) Sdn Bhd di galeri jualan Central Spectrum, Klang pada 28 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_698793" align="aligncenter" width="1066"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mengacau dodol ketika menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Central Spectrum (M) Sdn Bhd di galeri jualan Central Spectrum, Klang pada 28 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_698794" align="aligncenter" width="1212"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bergambar bersama pelajar tahfiz yang menerima duit raya ketika majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Central Spectrum (M) Sdn Bhd di galeri jualan Central Spectrum, Klang pada 28 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_698795" align="aligncenter" width="1297"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Central Spectrum (M) Sdn Bhd di galeri jualan Central Spectrum, Klang pada 28 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]