ad
AGENSI

Peminjam cadang kerajaan perkenal semula insentif diskaun bayaran balik PTPTN

17 Apr 2025, 8:25 AM
Peminjam cadang kerajaan perkenal semula insentif diskaun bayaran balik PTPTN
Peminjam cadang kerajaan perkenal semula insentif diskaun bayaran balik PTPTN
Peminjam cadang kerajaan perkenal semula insentif diskaun bayaran balik PTPTN
Peminjam cadang kerajaan perkenal semula insentif diskaun bayaran balik PTPTN
Peminjam cadang kerajaan perkenal semula insentif diskaun bayaran balik PTPTN
Peminjam cadang kerajaan perkenal semula insentif diskaun bayaran balik PTPTN

SHAH ALAM, 17 APRIL: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mencadangkan kerajaan memperkenalkan semula insentif diskaun bayaran balik pinjaman.

Penjawat awam, Amirul Amin Mohd Basri, 26, berkata insentif bukan sahaja meringankan beban malah memberi motivasi peminjam menjelaskan tunggakan pinjaman.

“Jika sebelum ini kerajaan membantu peminjam dengan konsep diskaun untuk pembayaran penuh dan separuh bayaran, mungkin insentif boleh diperluaskan untuk suku baki pinjaman.

[caption id="attachment_697154" align="alignleft" width="457"] Amirul Amin Mohd Basri, 26 Foto Fitri Hazim Hazam/MEDIASELANGOR[/caption]

“Bukan semua mampu menjelaskan sekali gus, kadar separuh tunggakan juga sudah terlalu tinggi. Saya juga terikat dengan komitmen bayaran balik RM134 sebulan menunggu peluang insentif ini,” katanya kepada Media Selangor.

Pada masa sama, Amirul turut mencadangkan PTPTN menjalin kerjasama dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi menangani peminjam yang culas melalui bantuan khidmat kaunseling.

Berkongsi pandangan sama, Mohd Amirul Hafiz Arshad, 42, berkata diskaun membantu golongan kurang mampu dan graduan yang baru mendapat kerja.

[caption id="attachment_697155" align="alignright" width="496"] Mohd Amirul Hafiz Arshad, 42 Foto Fitri Hazim Hazam/MEDIASELANGOR[/caption]

“Hasrat perdana menteri untuk mengkaji semula terma bayaran balik akan memudah cara peminjam menjelaskan tunggakan. Harap kerajaan pertimbang juga pemberian diskaun.

“Untuk saya mempunyai komitmen RM100 lebih sebulan masih terkawal, skim ujrah satu peratus sangat membantu namun jika ada cadangan menaikkan kadar bayaran balik memang membebankan, perlu ada kelonggaran,” ujar pegawai korporat pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor itu.

Mahasiswa Nisa Qistina Muhamad Nazeri, 21, mahu PTPTN menaikkan kadar pembiayaan untuk setiap semester memandangkan komitmen jurusan pengajiannya menelan kos tinggi.

[caption id="attachment_697156" align="alignleft" width="484"] Nisa Qistina Muhamad Nazeri, 21 Foto Fitri Hazim Hazam/MEDIASELANGOR[/caption]

“Kursus perlu banyak alatan, kini saya menerima RM2,300 setiap semester tetapi jika dapat ditingkatkan, ia menyuntik motivasi saya untuk belajar bersungguh-sungguh menukar status pinjaman ke biasiswa dengan meraih CGPA 3.50 dan ke atas,” kongsi penuntut jurusan Ijazah Seni Halus UiTM Shah Alam itu lagi.

Penuntut jurusan kemahiran Bahasa Inggeris UiTM Shah Alam, Iman Saffiya Mohd Faizal, 21, berpendapat kerajaan perlu bertindak tegas terhadap peminjam yang culas untuk membantu generasi seterusnya mendapat manfaat pinjaman sama.

“Komitmen pengajian saya membabitkan kos tinggi, dari peringkat diploma hingga ijazah perlu pinjaman PTPTN jadi saya cadang kerajaan mengenakan kompaun buat peminjam yang enggan bayar balik,” katanya.

[caption id="attachment_697167" align="alignright" width="493"] Iman Saffiya Mohd Faizal, 21 Foto Fitri Hazim Hazam/MEDIASELANGOR[/caption]

Seorang lagi penuntut UiTM Shah Alam, Dania Delaila Zainorashid, 22, berharap kerajaan mempertimbang cadangan memanjangkan tempoh bayaran balik dalam enam bulan selepas tamat pengajian hingga graduan mendapat pekerjaan dan mempunyai pendapatan tetap.

Sebelum ini perdana menteri memaklumkan kerajaan sedang menimbang untuk mengkaji semula kadar bayaran pinjaman dan terma pembayaran balik PTPTN bagi membantu peminjam dengan lebih baik, di samping menangani isu hutang tertunggak yang tinggi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga menteri kewangan berkata langkah itu dibuat berikutan hutang tertunggak PTPTN hampir mencecah RM40 bilion setakat ini.

[caption id="attachment_697158" align="alignnone" width="775"] Dania Delaila Zainorashid, 22 Foto Fitri Hazim Hazam/MEDIASELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.