ad
AGENSI

Bagai dilanda gempa bumi, sukarelawan imbau tragedi letupan gas Putra Heights

13 Apr 2025, 2:37 AM
Bagai dilanda gempa bumi, sukarelawan imbau tragedi letupan gas Putra Heights
Bagai dilanda gempa bumi, sukarelawan imbau tragedi letupan gas Putra Heights
Bagai dilanda gempa bumi, sukarelawan imbau tragedi letupan gas Putra Heights

SUBANG JAYA, 13 APRIL: Bagai dilanda gempa bumi, itu gambaran seorang sukarelawan ketika pertama kali melihat kesan insiden letupan saluran gas di Putra Heights, awal bulan ini.

Mengimbau semula situasi itu, Mohd Faiz Matjisil mengakui terkejut dengan keadaan rumah di sekitar kawasan tersebut, terutama kediaman berdekatan laluan paip berkenaan.

“Tengok struktur sahaja terkejut. Tinggal rangka rumah, namun ada struktrur dinding masih kukuh. Masuk ke dalam, lagi terkejut. Barangan elektrik semua cair, tiada yang selamat.

"Sedih masa keluarkan barangan ini. Lihat muka pemilik pun sedih. Kalau pemilik ingin duduk, perlu bina semula rumah, kena beli perabot dan alatan lain," katanya yang bekerja sebagai pemandu.

[caption id="attachment_696445" align="aligncenter" width="797"] Suasana sekitar lokasi kejadian letupan dan kebakaran saluran gas di Putra Heights ketika kerja-kerja menyedut keluar air menggunakan pam dari kawah di 'ground zero' masih dilakukan susulan cuaca hujan sejak beberapa hari di Putra Heights, Subang Jaya pada 12 April 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

Seorang lagi sukarelawan Mohd Adnan Rosley bersama 10 lagi warga Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) membersihkan beberapa rumah di sekitar kampung berkenaan akibat banjir lumpur.

Menurut timbalan pengarah pembangunan pelajar itu, mereka tidak terlibat dengan pembersihan kesan kebakaran, sebaliknya hanya membuat kerja ringan di laman dan belakang rumah.

“Esok (hari ini) kami termasuk pelajar yang menjadi sukarelawan akan ke Padang Jawa (Shah Alam) bantu kerja pascabah akibat banjir kilat,” katanya.

[caption id="attachment_696367" align="aligncenter" width="748"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turut menyertai gotong-royong pembersihan kawasan letupan gas di Putra Heights dan Kampung Kuala Sungai Baru pada 12 April 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Semalam, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melepaskan konvoi sukarelawan menerusi Ops Mega Pembersihan, yang bergerak dari Majlis Bandaraya Subang Jaya ke lokasi

Operasi itu disertai 12 pihak berkuasa tempatan, polis, tentera, bomba selain KDEB Waste Management dan Sukarelawan Selangor (Serve) seliaan Majlis Sukan Negeri (MSN).

Insiden kebakaran saluran paip gas pada 1 April menyebabkan api marak setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan memakan masa hampir lapan jam untuk dipadamkan.

Kebakaran turut menyebabkan terbentuknya kawah berkedalaman 9.8 meter dengan keluasan kira-kira 21X24 meter di lokasi kejadian.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.