BERITA UTAMA

Tragedi Putra Height: Gandingan persekutuan, negeri pantas salur bantuan 

11 Apr 2025, 6:00 AM
Tragedi Putra Height: Gandingan persekutuan, negeri pantas salur bantuan 
Tragedi Putra Height: Gandingan persekutuan, negeri pantas salur bantuan 
Tragedi Putra Height: Gandingan persekutuan, negeri pantas salur bantuan 
Tragedi Putra Height: Gandingan persekutuan, negeri pantas salur bantuan 

Sebaik sahaja gempar kejadian letupan saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 2 Syawal, pelbagai bentuk sumbangan disalur pelbagai pihak bagi membantu keluarga mangsa.

Dari kerajaan persekutuan, Kerajaan Selangor, sektor swasta, badan bukan kerajaan, sukarelawan dan orang perseorangan, aneka bantuan diagih dengan pantas, cekap serta sistematik.

Tidak terhad kepada wang ringgit, sumbangan berkenaan meliputi aspek penempatan sementara, pengangkutan, penangguhan bayaran, penggantian dokumen dan aspek kesihatan serta pendidikan.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah juga mencemar duli ke lokasi kejadian bagi meninjau keadaan rakyat jelata.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari antara pemimpin yang menziarahi keluarga mangsa sambil merencana bantuan dan pemulihan.

[caption id="attachment_696121" align="alignleft" width="500"] Pengerusi Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) Tan Sri Mazlan Mansor menyarung baju sekolah kepada Ammar Mikhail dalam majlis penyerahan baju sekolah kepada mangsa kebakaran saluran gas di Masjid Putra Height, Subang Jaya pada 4 April 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Semua bantuan tersebut diselaras bersama Kerajaan Selangor dan Petronas. Wartawan ABDUL RAHIM SABRI merangkum semua sumbangan pelbagai pihak seperti berikut:

Kewangan

- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ketika ziarah mangsa menghulur sumbangan sebanyak RM1,000 melalui Yayasan Sultan Ibrahim Johor kepada 308 ketua isi rumah yang terjejas

- bantuan RM10,000 diberi kepada 81 pemilik rumah yang musnah sepenuhnya iaitu RM5,000 daripada kerajaan persekutuan dan Petronas (RM5,000) yang diagih mulai 7 hingga 11 April

- sebanyak RM5,000 untuk pemilik rumah separa musnah (RM2,500 dari kerajaan pusat, Petronas RM2,500) manakala penyewa terima bantuan RM5,000 (RM2,500 dari Kerajaan Persekutuan, Petronas RM2,500)

- Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI beri sumbangan RM132,500 kepada 265 pelajar tahun satu hingga tingkatan enam. Setiap seorang terima RM500 untuk beli keperluan asas persekolahan. Bantuan diagih pada 11 April

- Lembaga Zakat Selangor salur RM500 kepada ketua keluarga Islam tanpa kira status asnaf. Kaunter bergerak dibuka di pusat pemulihan sementara (PPS) bagi mudahkan mangsa mohon bantuan kecemasan. Bantuan boleh dipohon melalui pautan lzspeduli.zakatselangor.com.my mulai 2 hingga 15 April

- Yayasan Islam Darul Ehsan sedia bantuan seragam dan kelengkapan sekolah bernilai RM77,600 kepada 134 murid dan 60 pelajar. Bantuan tunai RM500 juga dihulur kepada 17 pelajar institusi pengajian tinggi dan RM100 untuk lapan pelajar taska

- Kementerian Pendidikan sedia bantuan khas RM1,000 kepada guru dan murid terjejas untuk beli kelengkapan persekolahan termasuk buku teks. Seramai 102 pelajar dari 23 sekolah serta lima guru dan kakitangan berdepan musibah itu

- Berjaya Corporation Bhd antara sektor swasta yang hulur sumbangan iaitu RM3,000 kepada 300 keluarga manakala syarikat pemaju Matrix Concept Holding salur wang tunai RM3,000 kepada 100 keluarga

Penempatan

Berikutan kebanyakan rumah mengalami kerosakan teruk dan tidak lagi selamat untuk didiami, Kerajaan Selangor pantas menyediakan bantuan penempatan sementara kepada keluarga mangsa

[caption id="attachment_696120" align="alignright" width="500"] EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Ng Sze Han bersama penerima ketika penyerahan bantuan 30 buah kereta sementara daripada Carro kepada mangsa-mangsa di Transit Aliran Deras (LRT) Putra Heights, Subang Jaya pada 5 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

- salur peruntukan RM7.4 juta dalam bentuk sewa rumah sebanyak RM2,000 kepada 613 keluarga selama enam bulan, anggaran tempoh untuk baiki atau bina semula kediaman

- Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) sedia 116 unit rumah sementara tiga bilik berkeluasan 1,000 kaki persegi lengkap bekalan elektrik dan air yang boleh dimohon pada bila-bila masa melalui talian 03-5102 9612

Pengangkutan

Selangor dengan kerjasama agensi kerajaan dan swasta juga sediakan pengangkutan percuma kepada mangsa dan pelajar bagi memudahkan pergerakan mereka dari PPS. Sebanyak 140 kenderaan sementara selesai diedar setakat 8 April. Lebih 190 permohonan diterima

- Prasarana sedia lima van Rapid KL On-Demand untuk hantar 76 pelajar ke 19 sekolah mulai 3 April hingga situasi stabil

- Chery Malaysia sedia 50 kenderaan untuk kegunaan selama sebulan. 25 kenderaan diserah pada 4 April dan bakinya 7 April. Seramai 114 orang memohon setakat tarikh itu

- Syarikat e-dagang kereta Carsome taja 50 kereta untuk kegunaan selama sebulan. 20 buah kenderaan diserahkan kepada mangsa pada 4 April

- Carro sedia 30 buah kenderaan sementara manakala Spanco sumbang 55 motosikal percuma bernilai hampir RM300,000 kepada mangsa termasuk taja pembiayaan insuran bagi tahun pertama

Kesihatan

Bagi meredakan trauma khususnya gangguan emosi yang dialami mangsa akibat kejadian tersebut, jabatan kerajaan berganding bahu untuk menyediakan khidmat kaunseling

- Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Majlis Tindakan Orang Kurang Upaya Selangor sedia kaunseling terutama pelajar. Juruterapi dibawa ke PPS bagi menilai keadaan mereka. Tiga kanak-kanak dikenal pasti alami trauma kebakaran

- Yayasan Kebajikan Negara beri kaunseling dan sokongan psikososial kepada 235 mangsa di PPS Masjid Putra Heights setakat 7 April. Seramai 10 kaunselor bertugas bergilir-gilir setiap hari

- Yayasan Warisan Anak Selangor beri bantuan khas kepada enam kanak-kanak orang kurang upaya bawah 18 tahun di PPS melalui skim Anak Istimewa Selangor

Ganti dokumen

Akibat kemusnahan rumah dan harta-benda, banyak dokumen penting hangus. Khidmat penggantian percuma turut disediakan sekali gus mempercepat urusan gagih bantuan

- Jabatan Pengangkutan Jalan ganti lesen memandu, lesen kenderaan motor, gantian geran kenderaan

- Jabatan Pendaftaran Negara buka kaunter bergerak di PPS Masjid Putra Heights untuk urus penggantian kad pengenalan, sijil lahir dan sijil perkahwinan. Lebih 400 urusan selesai setakat 4 April

- Tenaga Nasional Berhad (TNB) sediakan rebat 100 peratus kepada penduduk untuk Mac. TNB dan Telekom Malaysia pastikan bekalan elektrik dan telekomunikasi pulih sepenuhnya 11 April selepas pemeriksaan selesai pada 8 April

- syarikat insurans antaranya Takaful dan Etika sedia talian khas untuk permudah proses tuntutan beberapa institusi perbankan tawar tangguhan ansuran bulanan hingga enam bulan tanpa caj atau bayaran lewat pinjaman