ad
AGENSI

Masjid institusi penting masyarakat, tempat aktiviti, lindung golongan ditimpa musibah

9 Apr 2025, 1:30 AM
Masjid institusi penting masyarakat, tempat aktiviti, lindung golongan ditimpa musibah
Masjid institusi penting masyarakat, tempat aktiviti, lindung golongan ditimpa musibah
Masjid institusi penting masyarakat, tempat aktiviti, lindung golongan ditimpa musibah
Masjid institusi penting masyarakat, tempat aktiviti, lindung golongan ditimpa musibah
Masjid institusi penting masyarakat, tempat aktiviti, lindung golongan ditimpa musibah

SUBANG JAYA, 9 APRIL: Pembukaan pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Putra Heights bertepatan dengan peranan rumah ibadat umat Islam itu sebagai pusat aktiviti dan tempat perlindungan golongan ditimpa musibah.

Pengurus masjid Abdul Hadi Hidzan berkata peranannya bukan sekadar tempat beribadat semata-mata tetapi menjadi institusi penting kepada msyarakat sekitar termasuk mereka yang bukan beragama Islam.

"Alhamdulillah, mungkin setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Allah hendak memperlihatkan inilah nilai Islam…masjid bukan setakat tempat beribadah tetapi boleh dijadikan lokasi berkumpul individu bukan beragama Islam.

“Meskipun majoriti mangsa yang berlindung di sini berbangsa Melayu tetapi ada segelintirnya individu bukan Islam…secara rawak saya tanya mereka selesa tinggal di sini,” katanya ketika ditemui di Masjid Putra Heights di sini.

[caption id="attachment_695766" align="aligncenter" width="700"] Pengurus merangkap Imam 1 Masjid Putra Heights Abdul Hadi Hidzan ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights, Subang Jaya pada 8 April 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Abdul Hadi merangkap imam 1 Masjid Putra Heights berkata sebuah dewan serba guna dan tiga bilik kuliah di masjid tersebut kini dijadikan PPS yang mampu menempatkan hampir 500 orang dengan lebih 100 khemah.

Beliau berkata antara cabaran apabila masjid berkenaan dijadikan PPS adalah kesukaran parkir dan sedikit rungutan daripada jemaah luar ketika berkunjung mahu menunaikan ibadah.

“Kita akui parkir di sini agak terhad, ketika Ramadan pun jemaah parkir kenderaan mereka agak jauh tetapi sekarang ia hanya rungutan kecil dan ada sebahagiannya memahami kerana ketika ini masjid sedang menempatkan mangsa kebakaran.

“Bagaimanapun, kita sentiasa bersedia membantu menyediakan tempat berteduh kepada mangsa bencana memandangkan masjid kini sudah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi membenarkan ia dijadikan PPS,” katanya.

Dalam kejadian 1 April lalu, saluran gas Petronas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights terbakar yang menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Kebakaran turut menyebabkan terbentuknya kawah berkedalaman 9.8 meter dengan keluasan kira-kira 21×24 meter di lokasi kejadian.

[caption id="attachment_695761" align="aligncenter" width="700"] Sukarelawan menyusun pelbagai barangan untuk diagihkan kepada mangsa kejadian kebakaran saluran paip gas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights, Subang Jaya pada 3 April 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_695762" align="aligncenter" width="700"] Sukarelawan menyusun pelbagai barangan untuk diagihkan kepada mangsa kejadian kebakaran saluran paip gas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights, Subang Jaya pada 3 April 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_695763" align="aligncenter" width="700"] Sukarelawan menyusun pelbagai barangan untuk diagihkan kepada mangsa kejadian kebakaran saluran paip gas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights, Subang Jaya pada 3 April 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.