ad
BERITA UTAMA

MB minta orang ramai beri maklumat salah laku insiden Putra Heights

2 Apr 2025, 11:00 AM
MB minta orang ramai beri maklumat salah laku insiden Putra Heights
MB minta orang ramai beri maklumat salah laku insiden Putra Heights

KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari meminta orang ramai yang mempunyai bukti berhubung salah laku berkaitan insiden kebakaran saluran gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya semalam, supaya tampil memberi maklumat kepada polis.

Beliau berkata langkah itu bagi membantu siasatan terperinci oleh pihak berkuasa berhubung punca sebenar kebocoran dan kebakaran saluran gas yang mengakibatkan kerosakan harta benda penduduk dengan skala sebegitu besar.

“Kerajaan negeri termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) sedia memberi kerjasama penuh dalam siasatan ini.

“Keutamaan bagi kerajaan negeri bersama kerajaan Persekutuan ialah keselamatan, kebajikan dan keselesaan semua penduduk yang terkesan,” katanya menerusi kenyataan.

[caption id="attachment_694434" align="alignnone" width="879"] Kebakaran saluran paip gas di Putra Heights menyebabkan kediaman penduduk di Kampung Sungai Baru, Puchong terjejas teruk pada 1 April 2025. Foto BERNAMA[/caption]

Semalam, Amirudin berkata laporan awal berhubung insiden itu akan dibentangkan dalam tempoh 72 jam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata polis akan menyiasat dakwaan kerja pengorekan tanah sebagai punca kebakaran itu.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.