ad
AGENDA

Harga diesel, RON95 kekal, RON97 naik lima sen

2 Apr 2025, 9:05 AM
Harga diesel, RON95 kekal, RON97 naik lima sen

KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Harga diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM3.03 manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter, bermula esok hingga 9 April.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON95 kekal pada RM2.05 seliter manakala RON 97 naik sebanyak 5 sen seliter kepada RM3.33.

Menurut kenyataan itu, penetapan harga tersebut adalah berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

MOF memaklumkan kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran serta menyelaras harga runcit RON97 dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.

“Kerajaan juga akan terus mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara,” menurut MOF.

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.