Oleh Nur Azyyati Omar
SHAH ALAM, 29 MAC: Pemilihan hotel kucing yang bersih dan selamat menjamin kegembiraan si manja ketika pemilik haiwan itu pulang beraya.
Doktor haiwan dari Super Pawers Animal Clinic Dr Mohamad Hafizi Saidon berkata, pemilihan hotel kucing perlu berikutan tekanan dihadapi kucing yang diletakkan di hotel kucing makin meningkat.
“Protokol longgar bagi menerima kucing seperti ketidakperluan mengambil vaksin, ubat kutu atau mempunyai penyakit berbahaya lain memerlukan pemilik membuat keputusan semula kerana ia boleh berjangkit atau menjangkiti kucing lain.
[caption id="attachment_693805" align="alignleft" width="500"]
Doktor haiwan dari Super Pawers Animal Clinic Dr Mohamad Hafizi Saidon[/caption]
“Simptom termasuk selesema, ulser mulut, mata berair, masalah kulit, fungus, kutu, parvo, Feline Infectious Peritonitis dan Feline Idiopathic Cystitis sangat bahaya dan kebanyakan penyakit kucing ini ada kaitan dengan masalah tekanan,” katanya.
Mengulas lanjut beliau berkata pemilik perlu menilai kucing sendiri sama ada ia bersifat ramah atau tidak dan sekiranya kucing tertekan selepas diletakkan di hotel kucing, bermakna ia bukan alternatif terbaik.
Jelasnya persekitaran yang tidak kondusif memberi tekanan tinggi kepada haiwan, sekali gus menurunkan sistem imun mereka.
“Untuk masa sekarang, saya tengok tular servis ‘catsitter’ yang mana pemilik kucing panggil orang datang ke rumah untuk bersihkan tempat najis, bagi makanan dan minuman, jaga kesihatan dan bagi maklumat baru tentang keadaan kucing dia,” katanya.
Dr Mohamad Hafizi berkata khidmat 'catsitter' boleh digunakan sekiranya kucing tidak ramah kerana penjaga masih boleh menyediakan keperluan kucing walaupun kucing tersebut menyorok.
Sementara itu, pengusaha hotel kucing Tianna Avis Rajendra berkata pihaknya sentiasa menitikberatkan kebersihan premis selain tegas dalam menerima kucing.
“Kucing perlu mempunyai vaksin lengkap, tiada kutu atau pepijat bagi menjamin keselamatan semua kucing serta perlu bebas dari penyakit berjangkit.
[caption id="attachment_693806" align="alignright" width="500"]
Pengusaha hotel kucing Tianna Avis Rajendra[/caption]
“Apabila kucing datang ke Manjapot, kami memeriksa kad vaksinasi dan keadaan kucing, jenis kucing kami tidak terima adalah kucing agresif," katanya.
Tianna turut menyediakan servis terbaik bagi memastikan keselesaan kucing di hotel miliknya, Manjapot.
Tianna berkata pihaknya menerapkan konsep bebas untuk kucing di hotel berkenaan berdasarkan pengalaman sendiri.
"Kucing saya, Coraline didapati tertekan ketika ditempatkan di ruangan kecil dan sebab itulah saya guna konsep hotel kucing bergerak bebas," katanya.
[caption id="attachment_693807" align="aligncenter" width="1348"]
Aksi si comel yang berada di atas jambatan di hotel kucing Manjapot pada 14 Mac 2025. Foto Tianna Avis Rajendra[/caption]
[caption id="attachment_693808" align="aligncenter" width="1425"]
Di Manjapot, kucing bergerak bebas selain keselesaan si bulus jadi keutamaan. Foto Tianna Avis Rajendra[/caption]
[caption id="attachment_693809" align="aligncenter" width="1418"]
Hotel kucing Manjapot terletak di Summit USJ Mall, Subang Jaya . Foto Tianna Avis Rajendra[/caption]


