ad
AGENSI

PKPS agih 1,000 lemang kepada penjawat awam negeri

27 Mac 2025, 9:15 AM
PKPS agih 1,000 lemang kepada penjawat awam negeri

SHAH ALAM, 27 MAC: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mengagihkan 1,000 batang lemang sempena Aidilfitri kepada pengurusan tertinggi pentadbiran negeri serta kakitangannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Datuk Wira Dr Mohamad Khairil Mohd Razi berkata lemang dimasak secara gotong-royong bermula 3 pagi tadi di pekarangan Wisma PKPS.

“Semua kakitangan terlibat dalam proses menyediakan dan membakar lemang. Ini merupakan program julung kali dan kita mungkin akan teruskan pada masa akan datang.

“Untuk kali ini kita gunakan lebih 250 kilogram beras pulut serta 280 kilogram santan. Agihan diberikan kepada kakitangan serta pengurusan tertinggi pentadbiran,” katanya kepada Selangorkini.

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan EXCO Pertanian Dato’ Ir Izham Hashim turut meninjau proses membakar lemang.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.