ad
AGENSI

Orang ramai manfaat minggu terakhir Ramadan beli kelengkapan raya

23 Mac 2025, 1:00 PM
Orang ramai manfaat minggu terakhir Ramadan beli kelengkapan raya
Orang ramai manfaat minggu terakhir Ramadan beli kelengkapan raya
Orang ramai manfaat minggu terakhir Ramadan beli kelengkapan raya
Orang ramai manfaat minggu terakhir Ramadan beli kelengkapan raya
Orang ramai manfaat minggu terakhir Ramadan beli kelengkapan raya

SHAH ALAM, 24 MAC: Kompleks PKNS di sini terus menjadi lokasi tumpuan orang ramai yang hadir bagi mendapatkan kelengkapan menyambut Aidilfitri.

Minggu terakhir Ramadan dimanfaatkan sepenuhnya, kebanyakkan mereka membeli baju Melayu, baju kurung dan aksesori seperti songkok serta samping songket selain aneka kuih raya.

[caption id="attachment_692941" align="aligncenter" width="815"] Pengunjung mencari samping songket sesuai untuk diperagakan pada 1 Syawal ketika tinjauan Media Selangor di Kompleks PKNS, Shah Alam pada 23 Mac 2025. Foto SITI ROHAIZAH ZAINAL/MEDIA SELANGOR[/caption]

Bagi guru Mohd Norul Azmi Mohd Belawee, 45, beliau turun ke Kompleks PKNS untuk membeli pakaian termasuk tudung buat keluarganya.

“Ramai beritahu di sini pakaiannya cantik dan harganya murah. Alhamdulillah isteri, anak dan ibu mentua dapat tiga pasang baju pada harga berpatutan.

“Peruntukan memang saya ada sediakan untuk beli kelengkapan raya dan insya-Allah semua urusan persiapan raya selesai hari ini,” katanya kepada Media Selangor.

[caption id="attachment_692936" align="aligncenter" width="813"] Nur Hafizah Rizam[/caption]

Suri rumah, Nur Hafizah Rizam, 37, pula memberitahu keluarganya hemah berbelanja memandangan hanya suaminya yang bekerja.

“Saya perlu berbelanja dengan berhemah kerana suami sahaja bekerja dan wang banyak guna untuk sekolah anak dan Ramadan,” katanya yang membeli keperluan raya buat dua anaknya.

Bagi Amirul Azeem, 24, beliau datang ke Kompleks PKNS bersama dua rakannya untuk membeli baju Melayu dan songkok.

[caption id="attachment_692935" align="aligncenter" width="799"] Amirul Azeem[/caption]

“Kompleks PKNS memang lokasi tumpuan setiap kali membeli kelengkapan raya. Dulu ibu bapa bawa saya ke sini. Tetapi sejak saya sudah bekerja, saya datang sendiri dan tidak membebankan mereka lagi," katanya.

Pemilik Ilham Jaya Baru Marlis Abdul Hamid,70, memaklumkan sempena perayaan ini beliau beri potongan harga hampir 50 peratus untuk baju Melayu yang berkualiti tinggi.

[caption id="attachment_692934" align="aligncenter" width="816"] Pemilik Ilham Jaya Baru Marlis Abdul Hamid[/caption]

“Baju ini kita jahit sendiri dan kualiti kainnya selesa walaupun pakai ketika panas. Saya akui jualan tahun ini agak perlahan tetapi perniagaan mesti diteruskan kerana perniagaan ini diusahakan selama 36 tahun.

“Malah, pelanggan tetap juga datang dari Terengganu, Perak kerana mereka sudah biasa beli baju di sini,” katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.