BERITA UTAMA

EXCO: Selangor perkukuh komitmen berdaya ekonomi wanita, perkenal pelbagai dasar, program

17 Mac 2025, 4:00 AM
EXCO: Selangor perkukuh komitmen berdaya ekonomi wanita, perkenal pelbagai dasar, program
EXCO: Selangor perkukuh komitmen berdaya ekonomi wanita, perkenal pelbagai dasar, program
EXCO: Selangor perkukuh komitmen berdaya ekonomi wanita, perkenal pelbagai dasar, program

GOMBAK, 17 MAC: Selangor memperkukuh komitmen terhadap pemberdayaan ekonomi wanita melalui pelbagai dasar dan program mesra keluarga, kata EXCO pembangunan wanita.

Menurut Anfaal Saari bagi Dasar Wanita Selangor 2024-2026 sebagai contoh, menggalakkan aturan pekerjaan anjal dan insentif untuk wanita kembali bekerja bagi memastikan mereka dapat terus mengejar aspirasi dan membina legasi tanpa halangan

“Kadar penyertaan wanita dalam pasaran buruh masih rendah iaitu 56.2 peritus sekitar 25 peratus lebih rendah daripada lelaki malah ia tidak berubah dengan ketara untuk beberapa tahun kebelakangan ini.

[caption id="attachment_691881" align="alignleft" width="500"] EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berucap ketika majlis sambutan Hari Wanita Sedunia 2025 Peringkat Negeri Selangor dan majlis Berbuka Puasa Bersama Ibu Tunggal Serta Anak Yatim di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Selayang pada 16 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Sebab itu, terdapat jurang gender yang ketara dalam aspek pemberdayaan ekonomi wanita antaranya disebabkan kesenjangan pengagihan tanggungjawab dalam rumah tangga.

“Apabila seorang ibu melahirkan anak, mereka seolah-olah dikenakan ‘motherhood penalty’ atau digalakkan untuk perlahan atau berhenti terus bekerja untuk menjaga anak,” katanya.

Beliau berucap merasmikan sambutan Hari Wanita Sedunia peringkat Selangor yang dihadiri kira-kira 500 hadirin di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Selayang, semalam.

Selain itu, katanya menerusi Wanita Berdaya Selangor (WBS), program untuk membina kapasiti wanita dan membolehkan mereka menjana ekonomi diwujudkan.

“Pusat Wanita Berdaya (PWB) contohnya adalah program membina kapasiti di samping menggalakkan wanita berkomuniti, supaya mereka boleh menjana pendapatan, membantu daya tahan ekonomi keluarga dan meningkatkan kemandirian,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya Program Insentif Digital Media Usahawanita Muda (Usawaniat) yang memasuki kohort kedua tahun ini, menggalakkan wanita menceburi bidang keusahawanan secara digital dan membolehkan mereka menjana pendapatan secara berkesan dan mampan.

Terdahulu, Anfaal menyampaikan sumbangan Bakul Rahmah kepada 255 ibu tunggal serta duit raya kepada anak yatim dan anak istimewa sempena majlis itu.

[caption id="attachment_691882" align="aligncenter" width="1153"] EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari menyampaikan sumbangan Anis kepada penerima ketika majlis sambutan Hari Wanita Sedunia 2025 Peringkat Negeri Selangor dan majlis Berbuka Puasa Bersama Ibu Tunggal Serta Anak Yatim di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Selayang pada 16 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]