ad
AGENSI

Jayakan Ramadan Kasih, PKNS hulur lebih RM160,000 bantu golongan memerlukan

15 Mac 2025, 1:00 AM
Jayakan Ramadan Kasih, PKNS hulur lebih RM160,000 bantu golongan memerlukan
Jayakan Ramadan Kasih, PKNS hulur lebih RM160,000 bantu golongan memerlukan
Jayakan Ramadan Kasih, PKNS hulur lebih RM160,000 bantu golongan memerlukan
Jayakan Ramadan Kasih, PKNS hulur lebih RM160,000 bantu golongan memerlukan
Jayakan Ramadan Kasih, PKNS hulur lebih RM160,000 bantu golongan memerlukan

SHAH ALAM, 15 MAC: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memperuntuk lebih RM160,000 bagi menjayakan program Ramadan Kasih tahun ini.

Ketua pegawai eksekutifnya berkata daripada jumlah itu, RM100,000 bakal disalurkan kepada Persatuan Kebajikan Rumah Anak Yatim Damai Kuang, Gombak pada 22 Mac.

[caption id="attachment_691557" align="aligncenter" width="814"] Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Dato' Mahmud Abbas berucap dalam Majlis Iftar Ramadan Kasih PKNS di Pusat Konvensyen Shah Alam, Shah Alam pada 14 Mac 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Sumbangan kepada rumah kebajikan itu akan dilaksanakan pada 22 Mac ini yang turut disertai Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah. Ini kemuncak program Ramadan Kasih.

“Peruntukan berkenaan turut meliputi pemberian kelengkapan sekolah seperti beg, alat tulis kepada kira-kira 45 anak gelandangan di Chow Kit, Kuala Lumpur berusia antara tujuh hingga 17 tahun,” kata Dato’ Mahmud Abbas.

Beliau berkata demikian ketika majlis Iftar Ramadan Kasih PKNS yang disertai kira-kira 500 kakitangan di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini semalam.

[caption id="attachment_691556" align="aligncenter" width="813"] Anak-anak Yatim Damai, Kuang gembira menerima sumbangan dari PKNS dalam Majlis Iftar Ramadan Kasih PKNS di Pusat Konvensyen Shah Alam, Shah Alam pada 14 Mac 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mahmud menambah, dana RM2,500 sumbangan persatuan pegawai kanan PKNS juga akan disalurkan kepada rumah kebajikan berkenaan selain 56 kanak-kanak di situ bakal menerima duit raya RM50 setiap seorang.

Pada 22 Februari, PKNS turut membelanjakan sejumlah wang menaja anak-anak gelandangan membeli sepersalinan pakaian raya berjumlah RM300 seorang di Kompleks PKNS, dekat sini.

Anak syarikat Kerajaan Negeri itu juga mengagihkan 4,500 bubur lambuk Kampung Baru secara percuma sepanjang Ramadan ini di tiga lokasi iaitu PKNS Shah Alam, Evo Mall, Bandar Baru Bangi dan pusat beli-belah Datum Jelatek, Kuala Lumpur.

"PKNS turut merancang mengadakan program berbuka puasa bersama anak gelandangan dan rakan strategik pada 20 Mac. Sumbangan ini mencerminkan keprihatinan PKNS terhadap golongan kurang bernasib baik, lebih-lebih lagi dalam bulan penuh keberkatan ini,” katanya.

[caption id="attachment_688354" align="aligncenter" width="813"] Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat PKNS, Sapna Turmidi (tengah) membantu anak-anak yatim dan asnaf memilih barang keperluan untuk menyamput hari raya Aidilfitri pada Program Shopping Raya Ramadan Kasih PKNS di Kompleks PKNS Shah Alam pada 22 Februari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_690328" align="aligncenter" width="812"] Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat, Sapna Turmidi ketika Majlis Pelancaran Bubur Lambuk Kasih PKNS di Kompleks PKNS Shah Alam pada 4 Mac 2025. Foto Facebook Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.