AGENSI

Bayar cukai taksiran, kompaun MBSA di AEON Big Seksyen 23 esok

14 Mac 2025, 9:02 AM
Bayar cukai taksiran, kompaun MBSA di AEON Big Seksyen 23 esok

SHAH ALAM, 14 MAC: Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheels (SAOW) beroperasi esok di AEON Big, Seksyen 23 Shah Alam, di sini.

Majlis Bandaraya Shah Alam menerusi Facebook memaklumkan kaunter itu dibuka bermula jam 11 pagi hingga 4 petang.

Kempen pengurangan kompaun juga turut di adakan sepanjang bulan Ramadan 2025.

"Ayuh rebut peluang ini untuk menjelaskan kompaun tertunggak anda dengan penawaran pengurangan kompaun tempat letak kereta berjumlah RM10 bagi kesalahan tempat letak kereta.

"Sebanyak 80 peratus pengurangan kepada kompaun terpilih majlis sahaja. Jumpa anda di sana," kata MBSA.

Pejabat bergerak itu merupakan platform disediakan MBSA untuk memudahkan pelanggan berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

Antara kemudahan disediakan ialah perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta serta kaunter aduan.