ad
BERITA UTAMA

EXCO: Operasi pantau harga barang pastikan peniaga jual ikut kadar ditetapkan

10 Mac 2025, 7:30 AM
EXCO: Operasi pantau harga barang pastikan peniaga jual ikut kadar ditetapkan
EXCO: Operasi pantau harga barang pastikan peniaga jual ikut kadar ditetapkan

SHAH ALAM, 10 MAC: Kerajaan Negeri akan menjalankan pantauan harga menjelang sambutan Aidilfitri terutama terhadap barang bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP).

EXCO pengguna berkata operasi dilakukan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bertujuan memastikan harga barangan keperluan tidak membebankan pengguna.

“Setiap kali menjelang perayaan, kita buat pantauan harga barang terutama yang mendapat permintaan tinggi. Pantauan termasuk dalam pasar raya.

[caption id="attachment_655317" align="alignleft" width="500"] EXCO Kepenggunaan Datuk Rizam Ismail di Bangunan SSAAS, Shah Alam pada 30 JULAI 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Kita ingatkan peniaga untuk pastikan jualan mereka mengikut harga ditetapkan. Kita tidak mahu pelanggan terbeban dengan harga tinggi,” kata Datuk Rizam Ismail kepada SelangorKini.

Justeru beliau menggesa orang ramai untuk membuat aduan sekiranya terdapat peniaga menjual barangan keperluan melebihi harga ditetapkan atau terlalu tinggi.

“Aduan boleh dibuat terus ke KPDN atau ke jawatankuasa pengguna serta pemimpin setempat. Tindakan ini juga termasuk kepada harga jualan di bazar Ramadan,” katanya.

Pada Aidilfitri tahun lalu, KPDN menetapkan 22 jenis barangan bawah SHMMP selama 15 hari antaranya daging lembu tempatan dan import, halia, timun dan cili.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.