ad
BERITA UTAMA

MBSJ sedia 60 petak niaga untuk penjaja tiada permit, mula operasi April

6 Mac 2025, 2:10 PM
MBSJ sedia 60 petak niaga untuk penjaja tiada permit, mula operasi April
MBSJ sedia 60 petak niaga untuk penjaja tiada permit, mula operasi April

SUBANG JAYA, 6 MAC: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menyediakan 60 petak niaga kepada penjaja kecil yang tidak mempunyai permit.

Bertempat di Tapak Penjaja Puncak Jalil 3/10, EXCO Perdagangan Ng Sze Han berkata peniaga berkenaan boleh memulakan operasi April ini.

“Pelaksanaan inisiatif ini bagi memberi peluang kepada penjaja untuk beroperasi secara sah selain keselamatan mereka dan pembeli juga lebih terjamin berbanding berniaga di kawasan sebelum ini yang kurang strategik.

“Saya yakin tapak ini dapat membantu memperkukuh ekonomi setempat dan mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih tersusun dan mampan,” katanya selepas merasmikan tapak berkenaan di sini, hari ini.

[caption id="attachment_690299" align="alignnone" width="981"] EXCO Pelaburan Ng Sze Han menyampaikan cenderamata kepada peniaga dalam majlis perasmian tapak penjaja dan walkabout bazar Ramadan Puncak Jalil 3/10, Subang Jaya pada 6 Mac 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Dalam perkembangan lain, Sze Han yang juga Ahli Dewan Negeri Kinrara berkata MBSJ mewujudkan bazar sementara di tapak penjaja berkenaan sempena Ramadan.

“Sebanyak 120 gerai disediakan di tapak bazar Ramadan ini. Menariknya, hari ini MBSJ turut menyediakan 100 kupon RM10 kepada pengunjung terawal yang membawa bekas makanan sendiri.

“Tidak ketinggalan, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI juga mengagihkan 400 kupon Platform Selangor (PLATS) bernilai RM10 kepada pengunjung bazar di sini hari ini,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.