BERITA UTAMA

Wartawan Media Selangor ungguli dua anugerah media MBPJ

24 Feb 2025, 4:00 PM
Wartawan Media Selangor ungguli dua anugerah media MBPJ
Wartawan Media Selangor ungguli dua anugerah media MBPJ
Wartawan Media Selangor ungguli dua anugerah media MBPJ
Wartawan Media Selangor ungguli dua anugerah media MBPJ

PETALING JAYA, 24 FEB: Media Selangor meraih dua kemenangan dalam Anugerah Media Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, malam ini.

Kemenangan itu diperoleh menerusi wartawan Mohamad Fitri Hazim Hazam, 35 dan Siti Rohaizah Zainal, 37.

Mohamad Fitri Hazim memenangi Anugerah Penerbitan Artikel Terbaik bagi kategori akhbar bahasa Melayu bertajuk kotak, plastik, botol antara barangan kitar semula tertinggi dikumpul MBPJ.

Manakala Siti Rohaizah mengungguli Anugerah Penghargaan Media Sukan menerusi artikel lukisan mural Faisal Halim tanda solidariti, jadi tumpuan penyokong.

[caption id="attachment_688767" align="aligncenter" width="705"] Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon bersama pengamal media ketika majlis Anugerah Media Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di M Resort dan Hotel, Kuala Lumpur pada 24 Februari 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Kemenangan itu melayakkan kedua-dua mereka membawa pulang wang tunai RM1,000, trofi serta sijil penghargaan. Anugerah disampaikan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon.

Mohamad Zahri ketika ditemui berkata anugerah diberikan adalah tanda penghargaan kepada pengamal media yang banyak membantu MBPJ dalam melaksana agenda perbandaran lebih cekap.

“Kali terakhir MBPJ buat majlis penghargaan kepada media pada 2019 dan kali ini kembali dengan menyediakan lapan anugerah.

[caption id="attachment_688769" align="aligncenter" width="709"] Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon bercakap kepada media selepas majlis Anugerah Media Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di M Resort dan Hotel, Kuala Lumpur pada 24 Februari 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“MBPJ berharap rakan-rakan media terus menyokong dan terus menguar-uarkan program yang dilaksana supaya kita menjadi pihak berkuasa tempatan terbaik di Selangor,” katanya.

Terdahulu, Anugerah Khas Datuk Bandar dimenangi R. Sheila Sri Priya daripada The Star. Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam PJ Eco Recycling Plaza turut menerima Anugerah Khas Jabatan.

[caption id="attachment_688768" align="aligncenter" width="706"] Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon bersama wakil media yang menerima penghargaan ketika majlis Anugerah Media Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di M Resort dan Hotel, Kuala Lumpur pada 24 Februari 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]