ad
ADN

Negeri peruntuk RM2 juta teruskan Dana Usahawan Madani Selangor tahun ini

24 Feb 2025, 5:21 AM
Negeri peruntuk RM2 juta teruskan Dana Usahawan Madani Selangor tahun ini
Negeri peruntuk RM2 juta teruskan Dana Usahawan Madani Selangor tahun ini

SHAH ALAM, 24 FEB: Kerajaan Negeri memperuntuk RM2 juta bagi meneruskan program Dana Usahawan Madani Selangor (DUMS) yang menawarkan pembiayaan hingga RM30,000.

EXCO Keusahawanan Mohd Najwan Halimi berkata pembiayaan berkenaan bagi membantu usahawan membeli mesin atau peralatan niaga sekali gus meningkatkan hasil jualan mereka.

[caption id="attachment_688681" align="aligncenter" width="812"] EXCO Sukan Najwan Halimi pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Negeri Selangor di Dewan Negeri Selangor pada 24 Februari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

“Peruntukan dana disalurkan kepada seluruh usahawan melalui sembilan. DUMS juga bertujuan melahirkan usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wakil rakyat Bukit Melawati Dato’ Noorazley Yahya yang ingin mengetahui pelan jangka panjang Kerajaan Negeri menyokong pembangunan ekonomi belia dalam Sidang Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Antara syarat permohonan DUMS seperti berikut:

  • pemohon bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun
  • perusahaan di bawah kategori mikro
  • perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
  • ada dua atau lebih bilangan pekerja
  • perusahaan sepenuh masa

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar berkata seramai 1,029 usahawan-usahawan mikro telah mendapat manfaat DUMS dengan peruntukan perbelanjaan RM20.6 juta dari 2015 hingga 2023.

Dato’ Sri Amirudin Shari memberitahu skop penerima dikembangkan kepada usahawan-usahawan kreatif yang kebanyakannya terdiri daripada anak-anak muda bagi memenuhi keperluan modal perniagaan.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.