PBT

Taman Sentosa kini berstatus bandar, tingkat nilai hartanah, tarik peluang ekonomi

23 Feb 2025, 2:00 AM
Taman Sentosa kini berstatus bandar, tingkat nilai hartanah, tarik peluang ekonomi
Taman Sentosa kini berstatus bandar, tingkat nilai hartanah, tarik peluang ekonomi
Taman Sentosa kini berstatus bandar, tingkat nilai hartanah, tarik peluang ekonomi

SHAH ALAM, 22 FEB: Taman Sentosa, Klang kini berstatus status bandar berkuat kuasa semalam selepas memenuhi beberapa kriteria termasuklah jumlah penduduk hampir 100,000 orang

Datuk Bandar Klang Dato’ Abd Hamid Hussain ketetapan itu dibuat menerusi beberapa siri mesyuarat dan kajian bersama agensi berkaitan termasuk penduduk sejak 2023.

[caption id="attachment_688437" align="aligncenter" width="764"] Datuk Bandar Klang Dato’ Abd Hamid Hussain berucap merasmikan Taman Sentosa yang dinaiktaraf kepada Bandar Sentosa pada 22 Februari 2025. Foto Majlis Bandaraya Diraja Klang[/caption]

“Pelan Tindakan Bandar Sentosa 2025-2035 turut disedia bagi memberikan dampak positif di dalam mengubah imej bandar ini sekali gus meningkatkan nilai hartanah, menarik peluang ekonomi dan pelaburan di sini.

“Saya berharap semua penduduk dan agensi berkaitan dapat bersama dengan Majlis Bandaraya Diraja Klang untuk memastikan segala perancangan dapat direalisasi agar Bandar Sentosa terus maju dan mampan,” katanya dalam kenyataan.

Abd Hamid turut menzahirkan tahniah kepada Ahli Dewan Negeri Sentosa Dr G Gunarajah yang mencadangkan kawasan seluas 2,229 ekar itu dinaik taraf kepada status bandar.

“Bandar Sentosa merupakan sebuah penempatan yang agak lama dan sempadannya diambil kira dari sempadan asal Batu Ampat Estate sekitar tahun 1963, malahan kepesatan pembangunan di sini juga antara kriteria ia dinaik taraf,” katanya.

[caption id="attachment_688439" align="aligncenter" width="811"] Datuk Bandar Klang Dato’ Abd Hamid Hussain merasmikan Taman Sentosa yang dinaiktaraf kepada Bandar Sentosa pada 22 Februari 2025. Hadir sama Ahli Dewan Negeri Sentosa Dr G Gunarajah. Foto Majlis Bandaraya Diraja Klang[/caption]

Bandar Sentosa mempunyai kedudukan yang strategik dengan menghubungkan Jalan kebun, Jalan Sungai Jati, Jalan Raja Nong, Jalan Kebun Nenas dan Persiaran Puteri termasuk dua lebuh raya berhampiran iaitu Lebuhraya Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Lebuhraya Pantai Barat (WCE).

Malah, Bandar Sentosa juga berhampiran dengan pusat pertumbuhan utama di Klang Selatan iaitu Ambang Botanik, Bandar Puteri, Bandar Putera, Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2, Bandar Botanik, Kota Bayuemas, Bandar Parkland dan Bandar Bestari.