ad
AGENDA

Lebih dua juta bayar balik pinjaman PTPTN setakat 31 Disember

21 Feb 2025, 10:20 AM
Lebih dua juta bayar balik pinjaman PTPTN setakat 31 Disember

KUALA LUMPUR, 21 FEB Sebanyak 2,448,105 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah membuat bayaran balik setakat 31 Dis 2024.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,044,595 peminjam telah menyelesaikan pinjaman mereka secara keseluruhannya.

“Sebanyak 585,638 peminjam sedang membuat bayaran balik secara konsisten dan 817,872 peminjam membayar balik secara tidak konsisten melibatkan tunggakan RM5.80 bilion,” menurut kementerian itu dalam jawapan bertulis di laman rasmi Parlimen.

Secara keseluruhan, KPT memaklumkan untuk tempoh sama hingga 31 Dis tahun lepas, terdapat 383,637 peminjam yang masih gagal memulakan bayaran balik pinjaman dengan jumlah tunggakan bayaran balik sebanyak RM5.25 bilion.

KPT menjawab soalan Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut) mengenai jumlah peminjam PTPTN yang sedang membayar mengikut jadual pembayaran, membayar tidak mengikut jadual pembayaran dan gagal membayar serta jumlah nilai hutang bagi setiap kumpulan tersebut.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.