ad
AGENSI

Sertai saringan kesihatan percuma DUN Kuala Kubu Bharu Sabtu ini

20 Feb 2025, 2:00 AM
Sertai saringan kesihatan percuma DUN Kuala Kubu Bharu Sabtu ini
Sertai saringan kesihatan percuma DUN Kuala Kubu Bharu Sabtu ini

SHAH ALAM, 20 FEB: Orang ramai dipelawa menyertai Selangor Saring peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu Sabtu ini.

Program pemeriksaan kesihatan percuma itu bermula jam 9 pagi hingga 3 petang di Dewan Orang Ramai Kampung Chuang Rasa, Taman Rasa Jaya, Hulu Selangor.

Inisiatif Selangor Saring itu menyediakan ujian seperti jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang, barah, mata, telinga dan gigi.

Orang ramai boleh mendaftar Selangor Saring di aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) semudah empat langkah berikut:

1. memuat turun SELangkah

2. tekan butang Selangor Saring

3. isi borang soal selidik

4. pilih lokasi dan tarikh program

Belanjawan Selangor 2025 memperuntukkan RM2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma yang diperkenal sejak 2022.

Pada 17 Disember 2024, Dato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata hampir 7,000 rakyat negeri ini menjalani saringan percuma sepanjang 2024 dengan 38 peratus daripadanya melibatkan individu berumur 46 hingga 64 tahun.

Program Selangor Saring antara usaha membantu penduduk mengesan penyakit lebih awal dengan menyasar individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.