ad
BERITA UTAMA

EXCO: Bantuan rawatan dialisis bakal disedia dalam Iltizam Selangor Sihat

19 Feb 2025, 1:00 PM
EXCO: Bantuan rawatan dialisis bakal disedia dalam Iltizam Selangor Sihat

SHAH ALAM, 19 FEB: Kerajaan Negeri sedang‬ memuktamadkan‬‭ penyelarasan‬‭ manfaat‬‭ rawatan‬‭ dialisis‬ yang‬‭ akan diletakkan‬‭ bawah‬‭‬‭ program‬‭ Iltizam‬‭ Selangor‬‭ Sihat‬‭ (ISS).‬

EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin berkata rawatan dialisis yang sebelum‬‭ ini‬‭ bawah‬‭ Program‬‭ Bantuan‬‭ Sihat‬ Selangor‬‭ (BSS)‬‭ ‬‭bakal menyedia bantuan rawatan sehingga RM10,000.

“Penyelarasan‬‭ manfaat‬‭ rawatan‬‭ dialisis‬‭ ini‬‭ akan‬ membantu‬‭ penerima‬‭ manfaat‬‭ rawatan‬‭ dialisis‬‭ yang‬‭ layak‬ menerima‬‭ bantuan‬‭ rawatan‬‭ berjumlah‬‭ sehingga‬ RM10,000‬‭ berbanding‬‭ RM5,000‬‭ sebelum ini.

“Buat‬‭ masa‬‭ ini,‬‭ had‬‭ bantuan‬‭ rawatan‬‭ asas‬‭ bawah‬‭ ISS ini‬‭ adalah‬‭ berjumlah‬‭ RM70‬‭ bagi‬‭ setiap‬‭ sesi‬‭ rawatan,” katanya pada persidangan Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari berhubung cadangan penambahbaikan program ISS pada tahun ini.

Dalam pada itu, Jamaliah berkata Selcare‬‭ Management‬‭ Sdn Bhd (Selcare) telah melakukan penyelarasan kawalan‬‭ harga‬‭ rawatan‬‭ asas‬‭ terhadap‬‭ klinik‬‭ panel.

Jelasnya, inisiatif menerusi dokumen perjanjian dilaksana bagi memastikan‬‭ caj‬ rawatan‬‭ yang‬‭ dikenakan‬‭ tidak‬‭ membebankan‬‭ kewangan‬‭ penerima‬ manfaat.

“Bagi‬‭ tujuan‬‭ pengawalan‬‭ harga‬‭ rawatan‬‭ asas‬‭,‬‭ pihak‬ Selcare‬‭ menyelaras‬‭ perkara‬‭ tersebut‬ dengan‬‭ klinik‬‭ panel‬‭ melalui‬‭ dokumen‬‭ perjanjian‬‭ antara‬‭ Selcare‬ dengan‬‭ klinik‬‭ panel‬‭ terbabit,” katanya.

Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2025, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM20 juta bagi meneruskan program ISS.

Program membantu rakyat menerima bantuan rawatan asas secara percuma termasuk manfaat perlindungan kematian dan penyakit kritikal.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.