ad
AGENDA

Seorang remaja perempuan Orang Asli meninggal dunia akibat kusta

19 Feb 2025, 12:11 PM
Seorang remaja perempuan Orang Asli meninggal dunia akibat kusta

SEREMBAN, 19 FEB: Seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia Isnin lepas, setelah seminggu demam akibat dijangkiti kusta, manakala lapan lagi sedang menerima rawatan.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata Jabatan Kesihatan negeri mengesan penularan jangkitan itu pada 2 Jan, melibatkan lima penduduk Kampung Orang Asli (KOA) Chergun dan bakinya dari KOA Guntur.

Bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini hari ini beliau berkata sebagai langkah berjaga-jaga, Pejabat Kesihatan Daerah melaksanakan kuarantin di kampung berkenaan, termasuk menutup pusat reakreasi Jeram Tengkek bagi mengelakkan penularan jangkitan.

Sementara itu Exco Kanan kerajaan Negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias ketika ditemui berkata Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan saringan terhadap kira-kira 65 peratus penduduk dua kampung berkenaan pada 22 Jan.

Beliau berkata bekalan makanan dan keperluan penduduk di dua kampung itu akan diuruskan wakil rakyat dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.