Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor (DNS) telah berlangsung semalam di luar bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam.
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mencemar duli berangkat ke istiadat berkenaan yang berlangsung pada jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.
Baginda diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.
Jurufoto FIKRI YUSOF dan NUR ADIBAH AHMAD IZAM merakam istiadat penuh warna-warni di luar bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor pada 17 Februari 2025.
[caption id="attachment_687760" align="alignnone" width="814"] Persiapan sebelum Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga DNS[/caption]
[caption id="attachment_687761" align="alignnone" width="890"] Pancaragam Pusat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ketika pemeriksaan kawalan kehormat utama ketika Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga DNS[/caption]
[caption id="attachment_687762" align="alignnone" width="907"] DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mencemar duli berangkat ke Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga DNS. Turut mengiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Dato' Menteri Besar Dato' Amirudin Shari[/caption]
[caption id="attachment_687763" align="alignnone" width="785"] DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan memeriksa perbarisan ketika Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga DNS[/caption]
[caption id="attachment_687767" align="alignnone" width="1008"] DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan titah bagi Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga DNS[/caption]
[caption id="attachment_687768" align="alignnone" width="944"] DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan merakam kenangan bersama Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dan barisan Ahli Dewan Negeri (ADN) pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal ketiga DNS[/caption]
[caption id="attachment_687764" align="alignnone" width="953"] DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima titah ucapan Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga DNS daripada Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari [/caption]
[caption id="attachment_687765" align="alignnone" width="941"] DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan titah bagi Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga DNS[/caption]
[caption id="attachment_687766" align="alignnone" width="914"] DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berangkat pulang dari Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal ketiga DNS[/caption]