ad
AGENDA

Hampir 99 peratus menara telekomunikasi berdaftar, tambah hasil negeri

13 Feb 2025, 5:15 AM
Hampir 99 peratus menara telekomunikasi berdaftar, tambah hasil negeri
Hampir 99 peratus menara telekomunikasi berdaftar, tambah hasil negeri

Oleh Danial Dzulkifly

SHAH ALAM, 13 FEB: Hampir 99 peratus menara telekomunikasi didaftarkan di Selangor, sekali gus

menjana hasil tambahan kepada negeri buat pertama kali dalam beberapa tahun.

EXCO Pembudayaan Inovasi Dr Fahmi Ngah berkata Kerajaan Negeri berjaya mendaftarkan 3,614 daripada 3,644 menara telekomunikasi secara haram yang dikenal pasti, menjelang Disember 2024.

“Menjelang akhir Disember 2024, kami berjaya mendapatkan semula bayaran daripada kira-kira 97 peratus daripada mereka (syarikat menara telekomunikasi) berjumlah sekitar RM22 juta.

"Ini semua adalah hasil yang hilang kerana mereka tidak membayar, tetapi kini mereka dimasukkan kembali dalam sistem dan menyelesaikan bayaran tertunggak," katanya kepada Media Selangor.

[caption id="attachment_675336" align="alignleft" width="464"] EXCO Agama Dr Mohammad Fahmi Ngah bercakap kepada media selepas perasmian program Seminar Kesedaran Perundangan Islam di Malaysia di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam pada 28 November 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Katanya, dapatan data daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan agensi penguatkuasaan turut mengesan tambahan 1,113 menara yang tidak berada dalam sistem.

Dr Fahmi turut memberi tempoh sehingga Jun ini untuk pengendali telekomunikasi mendaftarkan operasi mereka atau bakal dikenakan tindakan tegas termasuk perobohan menara.

"Ada yang mengakui menara mereka, manakala yang lain memberi pelbagai alasan, seperti pertikaian pemilikan disebabkan pemilik asal telah meninggal dunia, sebagai contoh.

“Setakat ini, hanya 30 menara masih tidak dituntut, tetapi ia masih beroperasi dan memancarkan isyarat. Untuk kes ini, kemungkinan besar kami perlu menurunkannya sepenuhnya,” katanya lagi.

Pada masa sama, Dr Fahmi memberi jaminan sebarang tindakan penguatkuasaan terhadap menara haram akan dilakukan tanpa mengganggu perkhidmatan telekomunikasi.

Katanya lagi, tindakan dibuat secara strategik antaranya 'hot swapping' untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan dengan memindahkan perkhidmatan secara langsung sebelum menara lama dirobohkan.

“Salah satu pihak berkuasa tempatan yang berjaya melaksanakan kaedah ini ialah Majlis Perbandaran Selayang, manakala Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mempunyai model kukuh untuk diguna pakai,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, Kerajaan Negeri juga sedang meneliti garis panduan bersesuaian bagi menara yang didirikan berhampiran papan iklan.

“Sesetengah papan iklan mempunyai pelbagai antena. Jika kami menurunkannya, di mana kami perlu meletakkannya semula? Adakah terdapat teknologi alternatif yang boleh menggabungkan semua antena di bawah satu sistem?

“Perkara ini masih dalam perbincangan melalui bengkel yang sedang berlangsung,” kata Dr Fahmi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.