ad
BERITA UTAMA

EXCO: Pelancong antarabangsa ke Selangor meningkat lima peratus pada 2024

9 Feb 2025, 9:40 AM
EXCO: Pelancong antarabangsa ke Selangor meningkat lima peratus pada 2024
EXCO: Pelancong antarabangsa ke Selangor meningkat lima peratus pada 2024
EXCO: Pelancong antarabangsa ke Selangor meningkat lima peratus pada 2024

KUALA KUBU BHARU, 9 FEB: Kehadiran pelancong luar negara ke Selangor merekodkan peningkatan lima peratus selepas pelancaran Tahun Melawat Selangor (TMS) 2025, kata EXCO Pelancongan.

Dato’ Ng Suee Lim berkata secara purata kehadiran pelancong antarabangsa adalah 30 peratus pada 2023, namun menunjukkan kenaikan Disember lalu.

“Sebenarnya kita jangka kehadiran pelancong tempatan 70 peratus dan luar negara 30 peratus. Tetapi pada Disember lalu, kita tengok ada peningkatan kepada 35 peratus.

[caption id="attachment_686200" align="aligncenter" width="1135"] EXCO Pelancongan Dato' Ng Suee Lim pada sidang media selepas majlis perasmian Pesta Joran Selangor 2025 di Fraser Valley, Kuala Kubu Bharu Selangor pada 9 Februari 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Jika trend ini berterusan, kita yakin pelancong antarabangsa juga dapat menyaingi dengan kehadiran pelancong tempatan sepanjang tahun ini,” katanya ketika ditemui pemberita.

Terdahulu beliau menyempurnakan majlis perasmian Pesta Joran 2025 di Tasik Fraser Valley di sini, hari ini. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Chua Yee Ling.

Dalam pada itu, Suee Lim berkata Pesta Joran 2025 menerima sambutan menggalakkan dengan penyertaan 710 pemancing berbanding sasaran 500 peserta.

Menurutnya, program dengan kerjasama swasta itu membuktikan aktiviti memancing mendapat tempat dan berpotensi menjadi tarikan pelancong.

“Kita terkejut dengan sambutan yang amat baik daripada pemancing. Ini membuktikan memancing mendapat perhatian dan berpotensi untuk tarik pelancong luar,” katanya.

Pesta Joran 2025 menawarkan hadiah keseluruhan RM20,000 dengan yuran penyertaan RM50.

[caption id="attachment_686199" align="aligncenter" width="1026"] Lebih 700 individu menyertai pertandingan memancing Pesta Joran Selangor 2025 di Fraser Valley, Kuala Kubu Bharu Selangor pada 9 Februari 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.