ad
AGENDA

Waspada akaun Instagram palsu guna nama Permaisuri Agong

6 Feb 2025, 5:16 AM
Waspada akaun Instagram palsu guna nama Permaisuri Agong

KUALA LUMPUR, 6 FEB: Satu perkongsian dengan disertakan tangkap layar akaun Instagram atas nama 'Raja zarith sophia' yang disahkan sebagai akaun palsu menggunakan identiti Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini dikongsikan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

"Akaun ini adalah palsu dan menyamar menggunakan identiti KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong.

"Adalah ditegaskan bahawa penyamaran dan salah guna identiti merupakan kesalahan di sisi undang-undang dan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan lunasnya yang ditetapkan," menurut hantaran Facebook itu.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.