ad
BERITA UTAMA

Food Fest Magic X Choii Motosport promosi Klang sempena TMS2025

1 Feb 2025, 2:22 AM
Food Fest Magic X Choii Motosport promosi Klang sempena TMS2025
Food Fest Magic X Choii Motosport promosi Klang sempena TMS2025
Food Fest Magic X Choii Motosport promosi Klang sempena TMS2025

KLANG, 1 FEB: Penganjuran Food Fest Magic X Choii Motosport membantu mempromosi Klang kepada pelancong luar sempena Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025).

Datuk Bandar Klang Dato’ Abd Hamid Hussain berkata festival yang memasuki siri kedua itu dapat menaikkan lagi sektor pelancongan negeri sekali gus memberi manfaat kepada usahawan tempatan.

“Acara ini bukan sekadar sebagai pesta makanan semata-mata, tetapi menjadi tarikan kepada pelancong selain platform penting yang memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi tempatan dan negara.

[caption id="attachment_684849" align="aligncenter" width="683"] Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang Dato’ Abd Hamid Hussain berucap pada perasmian Food Fest Magic X Choii Motosport di Kompleks Sukan Pandamaran Klang pada 31 Januari 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Industri makanan dan minuman merancakkan ekonomi, membuka peluang pekerjaan serta menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutamanya dalam membantu golongan B40.

“Menerusi festival seperti ini memberikan ruang kepada usahawan tempatan untuk mempromosikan produk mereka, menarik lebih ramai pelancong dan meningkatkan pendapatan komuniti setempat,” katanya pada perasmian festival itu di Kompleks Sukan Pandamaran semalam.

Festival yang berlangsung selama tiga hari sehingga Ahad itu melibatkan puluhan peniaga tempatan yang menjual pelbagai makanan dan minuman selain pelbagai acara riadah bersama keluarga.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melancarkan portal digital kempen visitselangor2025.my dan maskot rasmi SPARK the Fireflies sempena penganjuran Festival dan Konsert TMS2025 di Setia City Park, Setia Alam.

TMS2025 yang menawar lebih 60 program sepanjang tahun depan dijangka menarik lapan juta pelancong domestik dan antarabangsa dengan sasaran kutipan resit RM11.7 bilion.

[caption id="attachment_684850" align="aligncenter" width="685"] Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang Dato’ Abd Hamid Hussain bersama barisan pempengaruh media sosial pada perasmian Food Fest Magic X Choii Motosport di Kompleks Sukan Pandamaran Klang pada 31 Januari 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.