ad
BERITA UTAMA

Selangor hasrat tingkat kempen kesedaran, saringan barah pangkal rahim

31 Jan 2025, 10:00 AM
Selangor hasrat tingkat kempen kesedaran, saringan barah pangkal rahim
Selangor hasrat tingkat kempen kesedaran, saringan barah pangkal rahim

SHAH ALAM, 31 JAN: Kerajaan Negeri berhasrat meningkatkan kempen kesedaran dan saringan barah pangkal rahim kepada wanita sepanjang tahun ini.

EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari memberitahu inisiatif itu akan dilaksana Wanita Berdaya Selangor (WBS) menerusi Pusat Wanita Berdaya (PWB) di serata daerah.

[caption id="attachment_683153" align="aligncenter" width="797"] EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat YB Anfaal Saari bercakap pada media selepas Majlis Perasmian Swift EmpowerHER Program di Pelabuhan Klang Selangor pada 21 Januari 2025.Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“WBS pernah bekerjasama dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk giatkan promosi pemeriksaan dan saringan. Tahun ini, WBS akan giatkan lagi melalui PWB.

“Bagaimanapun, oleh kerana program kesihatan bawah portfolio kesihatan, jadi kita akan tetap beri kerjasama dan memantau secara berterusan,” katanya kepada Media Selangor.

Sebelum ini, EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin mendedahkan tahap kesedaran untuk membuat saringan barah pangkal rahim masih rendah, dengan hanya 107 wanita menjalaninya setakat 24 Januari lalu.

Sehubungan itu, beliau menyasar seramai 3,000 wanita menjalani Program Subsidi Ujian Mamogram dan Program Saringan Barah Pangkal Rahim (HPV DNA) tahun ini.

Program inisiatif LPPKN itu ditawarkan secara percuma dan boleh didapati di klinik seliaan agensi berkenaan.

Menurut Laporan Registri Kanser Kebangsaan Malaysia 2017-2021, seorang daripada 154 wanita berisiko mendapat barah pangkal rahim dengan majoritinya adalah Melayu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.